PP Bil.04/2017 Pekeliling Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan

Pekeliling Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan

Tujuan Pekeliling Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan berhubung dengan penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara.

 

Latar Belakang

Pelaksanaan lima hari bekerja seminggu telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara mulai 1 Julai 2005 sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005. Pelaksanaan ini adalah dengan menggantikan masa kerja pada hari Sabtu kepada hari bekerja yang lain.

Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan mulai 1 Jun 2007 sebagaimana yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010. Tambahan Waktu Peringkat bagi bulan Ramadan telah dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam dan usaha penambahbaikan berterusan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang awam serta memberi fleksibiliti Waktu Peringkat (WP), Kerajaan bersetuju menambah satu lagi WP dalam jadual WBB yang sedia ada di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Bagi memudahkan pelaksanaan, jadual WBB telah disusun semula melalui Pekeliling Perkhidmatan ini.

Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat WBB

WBB diwujudkan dengan Waktu Pejabat yang bermula dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 6.00 petang. Hari dan tempoh waktu bekerja bagi seseorang pegawai Perkhidmatan Awam mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah :

Jadual 1: Hari dan Tempoh Waktu Bekerja

NEGERI

HARI

TEMPOH WAKTU BEKERJA

Perlis, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

 

Isnin
hingga Khamis

 

 

 

9 Jam

 

Jumaat

 

 

7 jam 30
minit

 

 

 

Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Johor

 

Isnin
hingga Khamis

 

 

 

9 Jam

 

Jumaat

 

 

7 jam 30
minit

Selaras dengan penambahan satu WP dalam jadual WBB, maka WBB mengikut negeri adalah seperti berikut :

  • WBB bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), di mana hari Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan dan hari Ahad merupakan Hari Kelepasan Mingguan adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 2 di bawah :

Jadual 2: WBB di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Waktu Peringkat

WP

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP1

Isnin – Jumaat

7.30 pagi – 4.30 petang

Isnin – Khamis

1.00 petang – 2.00 petang

 

Jumaat

12.15
tengah hari – 2.45 petang

WP2

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

WP3

Isnin – Jumaat

8.30 pagi – 5.30 petang

Wp4

Isnin – Jumaat

9.00 pagi – 6.00 petang

  • WBB bagi pejabat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di mana hari Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan dan hari Ahad merupakan Hari Kelepasan Mingguan adalah ditetapkan seperti dalam
    Jadual 3 di bawah :

Jadual 3: WBB di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu Peringkat

(WP)

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP1

Isnin – Jumaat

7.30 pagi – 4.30 petang

Isnin – Khamis

1.00 petang – 2.00 petang

 

Jumaat

11.30 pagi – 2.00 petang

WP2

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

WP3

Isnin – Jumaat

8.30 pagi – 5.30 petang

WP4

Isnin – Jumaat

9.00 pagi – 6.00 petang

  • WBB bagi pejabat di negeri Sarawak, di mana hari Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan dan hari Ahad merupakan Hari Kelepasan Mingguan adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 4 di bawah :

Jadual 4: WBB di Sarawak

Waktu Peringkat

(WP)

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP1

Isnin – Jumaat

7.30 pagi – 4.30 petang

Isnin – Khamis

1.00 petang – 2.00 petang

Jumaat

11.45 pagi – 2.15 petang

WP2

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

WP3

Isnin – Jumaat

8.30 pagi – 5.30 petang

WP4

Isnin – Jumaat

9.00 pagi – 6.00 petang

  • WBB bagi pejabat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor di mana hari Jumaat merupakan Hari Kelepasan Mingguan dan hari Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan adalah ditetapkan seperti dalam
    Jadual 5 di bawah :

Jadual 5: WBB di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

Waktu Peringkat

(WP)

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP1

Ahad – Rabu

7.30 pagi – 4.30 petang

 

Ahad – Khamis

1.00 petang – 2.00 petang

Khamis

7.30 pagi – 3.00 petang

WP2

Ahad – Rabu

8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis

8.00 pagi – 3.30 petang

WP3

Ahad – Rabu

8.30 pagi – 5.30 petang

Khamis

8.30 pagi – 4.00 petang

WP4

Ahad – Rabu

9.00 pagi – 6.00 petang

Khamis

9.00 pagi – 4.30 petang

Waktu Bekerja Berperingkat WBB Bulan Ramadan

Kerajaan juga telah memberi fleksibiliti WP pegawai Perkhidmatan Awam dalam bulan Ramadan dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan. Oleh itu, pegawai boleh memilih untuk menggunakan WBB seperti di perenggan 7 atau WBB bulan Ramadan.

Sehubungan itu, selaras dengan penambahan satu WP dalam jadual WBB, maka WBB bulan Ramadan mengikut negeri adalah seperti berikut :

  • WBB bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 6
    di bawah :

Jadual 6: WBB bulan Ramadan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Waktu Peringkat

WP

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP5

Isnin – Jumaat

7.30 pagi – 4.00 petang

Isnin – Khamis

1.00 petang – 1.30 petang

 

Jumaat

12.30
tengah hari – 2.30 petang

WP6

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 4.30 petang

WP7

Isnin – Jumaat

8.30 pagi – 5.00 petang

WP8

Isnin – Jumaat

9.00 pagi – 5.30 petang

  • WBB bagi pejabat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 7 di bawah :

Jadual 7: WBB bulan Ramadan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu Peringkat

WP

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP5

Isnin – Jumaat

7.30 pagi – 4.00 petang

Isnin – Khamis

1.00 petang – 1.30 petang

 

Jumaat

11.45
pagi – 1.45 petang

WP6

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 4.30 petang

WP7

Isnin – Jumaat

8.30 pagi – 5.00 petang

WP8

Isnin – Jumaat

9.00 pagi – 5.30 petang

  • WBB bagi pejabat di negeri Sarawak adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 8 di bawah:

Jadual 8: WBB bulan Ramadan di Sarawak

Waktu Peringkat

(WP)

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP5

Isnin – Jumaat

7.30
pagi – 4.00 petang

 

Isnin – Khamis

1.00 petang – 1.30 petang

 

Jumaat

12.00 tengah hari – 2.00 petang

WP6

Isnin – Jumaat

8.00
pagi – 4.30 petang

WP7

Isnin – Jumaat

8.30
pagi – 5.00 petang

WP8

Isnin – Jumaat

9.00
pagi – 5.30 petang

  • WBB bagi pejabat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 9 di bawah:

Jadual 9: WBB bulan Ramadan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

Waktu Peringkat

(WP)

Hari

Waktu Bekerja

Waktu Rehat

WP1

Ahad – Rabu

7.30 pagi – 4.00 petang

 

Ahad – Khamis

1.00 petang – 1.30 petang

Khamis

7.30 pagi – 2.30 petang

WP2

Ahad – Rabu

8.00 pagi – 4.30 petang

Khamis

8.00 pagi – 3.00 petang

WP3

Ahad – Rabu

8.30 pagi – 5.00 petang

Khamis

8.30 pagi – 3.30 petang

WP4

Ahad – Rabu

9.00 pagi – 5.30 petang

Khamis

9.00 pagi – 4.00 petang

Tanggungjawab Ketua Jabatan/ Pegawai

Pelaksanaan lima hari bekerja seminggu dan WBB wajib dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Bagi waktu bekerja selain daripada waktu bekerja pejabat, ia adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan bagi mengatur waktu bekerja pegawai terlibat.

Bagi menjamin keberkesanan WBB, pegawai hendaklah membuat perancangan WP dengan memilih WP1/WP2/WP3/WP4 yang sesuai setiap bulan bagi setahun dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A, tertakluk kepada persetujuan Ketua Jabatan.

Bagi WBB bulan Ramadan, sekiranya pegawai hendak mengubah WP daripada WP1/WP2/WP3/WP4 kepada WP5/WP6/WP7/WP8, pegawai perlu mengisi borang seperti di Lampiran B.

Bagi perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan boleh membuat penyesuaian kepada Waktu Rehat pegawai dengan syarat masa rehat pegawai diganti pada hari yang sama.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, Surat Edaran JPA(S) 371/4Klt.4(20) bertarikh 18 Disember 2013 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 adalah dibatalkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran Borang Pemilihan Waktu Peringkat (WP) Bagi Tahun Semasa

BORANG PEMILIHAN WAKTU PERINGKAT (WP) BAGI TAHUN

Lampiran Borang Pemilihan Waktu Peringkat (WP) Bagi Bulan Ramadan

Lampiran Borang Pemilihan Waktu Peringkat (WP) Bagi Bulan Ramadan

PP Bil.04/2017 Pekeliling Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penyusunan semula waktu bekerja berperingkat bagi agensi kerajaan dimana WBB ini boleh dibahagikan kepada 4 sesi kerja.

Nama Pekeliling : Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan 

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.04/2017 Pekeliling Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!