PP Bil.04/2016 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2016

Tujuan Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2016 dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2016.

Latar Belakang

Kerajaan telah memutuskan supaya BKK sebanyak RM500.00 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di atas keprihatinan Kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam.

Kerajaan juga bersetuju memanjangkan pemberian BKK sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.

 

Pelaksanaan

BKK diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang masih berkhidmat pada 8 Jun 2016, tertakluk kepada syarat telah berkhidmat sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan
Am dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016.

Bagi pegawai lantikan contract of service dan Pekerja Sambilan Harian (PSH),tempoh 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016 adalah bermaksud boleh meliputi lebih dari satu kontrak yang bersambungan tanpa terputus.

Pegawai Yang Layak

Tertakluk kepada perenggan 4 di atas, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak dibayar BKK adalah seperti berikut:

pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim;
pegawai yang bercuti separuh gaji;
pegawai yang bercuti tanpa gaji/ dipinjamkan ke agensi yang diasingkan
pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016;

pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan

pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang tidak layak dibayar BKK adalah seperti berikut:

pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016;

pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016;

pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta bagi tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016;

pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016; dan

pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016.

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

BKK sebanyak RM500.00 juga dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 8 Jun 2016 tertakluk kepada syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Pegawai Yang Ditangguhkan Bayaran BKK

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan pada atau sebelum 8 Jun 2016 oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian BKK. Pegawai hanya layak dibayar BKK sekiranya Pihak
Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran.

Tanggungjawab Pembayaran

Pembayaran BKK ini adalah menjadi tanggungan Jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

Pesara

BKK kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah bersara pada atau sebelum 8 Jun 2016 dan menerima pencen akan dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM250.00.

Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah undang-undang pencen akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pesara yang dilantik semula dalam Perkhidmatan Awam1 layak dibayar BKK pada kadar RM500.00 tertakluk kepada pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 8 Jun 2016. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM 250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

Tarikh Pembayaran

BKK sebanyak RM500.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan RM 250.00 kepada pesara akan dibayar pada 13 Jun 2016.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.04/2016 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2016

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2016.

Nama Pekeliling : Bantuan Khas Kewangan 2016

Format Fail : PDF

Download : Bantuan Khas Kewangan 2016

Oleh : Ketua Pegawai Pekidmatan Awam Malaysia

Add Comment