PP Bil.04/2012 Pekeliling Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia Dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan urusan perkhidmatan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dikekalkan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) selaras dengan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012.

Latar Belakang

Berikutan daripada keputusan SSM dikekalkan dan ditambah baik, semua urusan perkhidmatan termasuk pelantikan yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012, yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, akan kembali mengguna pakai ketetapan dan peraturan sebelum 1 Januari 2012.

 

Pelaksanaan

Urusan Perkhidmatan

Selaras dengan ketetapan di perenggan 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran yang disenaraikan di Ruangan 1 dalam Jadual A adalah dibatalkan dan Pekeliling Perkhidmatan (PP)/SPP/Surat Edaran/peraturan sebagaimana yang dinyatakan di Ruangan 2 dalam Jadual A adalah dikuatkuasakan semula.

Jadual A : Senarai SPP/Surat Edaran Yang Dibatalkan Dan PP/SPP/Surat Edaran/Peraturan Yang Dikuatkuasakan Semula/Yang Berkuat Kuasa

Seterusnya PP, SPP dan Surat Edaran yang disenaraikan dalam Ruangan 1, Jadual B juga dibatalkan dan ketetapan serta peraturan sebagaimana yang dijelaskan dalam Ruangan 2 adalah diguna pakai.

 

Semua urusan perkhidmatan yang telah dilaksanakan mengikut PP/SPP/Surat Edaran/Peraturan yang disenaraikan di Ruangan 1, Jadual A dan Jadual B dari 1 Januari 2012 sehingga keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012, hendaklah diselaraskan atau dipinda sewajarnya supaya selaras dengan ketetapan dan peraturan di bawah SSM. Bagi tujuan penjelasan mengenai kaedah penyelarasan atau pindaan urusan yang berkenaan, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan hendaklah merujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Bagi Program Transformasi Minda, sekiranya telah dilaksanakan, pegawai hendaklah disifatkan telah memenuhi syarat Kursus Induksi Modul Umum. Walau bagaimanapun, pegawai masih dikehendaki mengikuti Kursus Induksi Modul Khusus sekiranya pegawai belum mengikutinya sebagaimana ditetapkan di bawah SSM. Manakala, bagi urusan peletakan dan pelepasan jawatan, ketetapan di bawah P.U.(A)1/2012 dan undang-undang pencen yang sedang berkuat kuasa adalah terpakai.

Urusan Pelantikan

Bagi pelantikan yang telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2012 sehingga keputusan Kerajaan yang diumumkan pada 8 Mac 2012 yang tidak mengguna pakai ketetapan dan peraturan di bawah SSM, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan hendaklah merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.

Tempoh Pelantikan

Tempoh percubaan yang akan diguna pakai ialah 1 hingga 3 tahun dan P.U.(A)1/2012 akan dipinda sewajarnya.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini disifatkan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dirujuk kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Perkhidmatan
Aras 6, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA

No. Telefon : 03-8885 4075/ 4762
No. Faks : 03-8888 0682
E-mel : muniraha@jpa.gov.my atau zohri@jpa.gov.my

PP Bil.04/2012 Pekeliling Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan urusan perkhidmatan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dikekalkan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) selaras dengan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Format Fail : PDF

Download :PP Bil.04/2012 Pekeliling Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!