PP Bil.04/2011 Pekeliling Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis

Tujuan Pekeliling Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung pembekalan baju vest kepada Penghantar Notis di semua jabatan/ agensi.

Latar Belakang

Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 yang menetapkan peraturan berhubung peruntukan pembekalan pakaian seragam, kerajaan telah bersetuju untuk membekalkan baju vest kepada Penghantar Notis di semua jabatan/ agensi. Pembekalan baju vest tersebut adalah dengan mengambil kira keperluan skop fungsi tugas Penghantar Notis yang melaksanakan tugas menyampaikan dokumen perundangan seperti saman atau notis kepada plaintif, defenden atau responden dan sebagai pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka.

 

Pelaksanaan

Penghantar Notis dibekalkan baju vest atas kadar RM140.00 sehelai sebanyak 2 helai bagi setiap tempoh 3 tahun perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa pekeliling ini.

Bagi tujuan penyeragaman, baju vest tersebut hendaklah berwarna biru gelap dan mempunyai nama jabatan/ agensi di belakang baju vest.

Penghantar Notis yang pernah diluluskan pembekalan baju vest antaranya melalui surat-surat PERJ.13828/Jld.13(60) bertarikh 15 Jun 2004 dan JPA(S)(BGE)26/4/Klt.4/(34) bertarikh 4 Ogos 2005 sebelum keluarnya pekeliling ini, hanya layak diberikan baju vest berikutnya selepas tempoh 3 tahun, dikira daripada tarikh pembekalan terakhir.

Kos penyediaan baju vest ini hendaklah menggunakan peruntukan sedia ada di jabatan/ agensi masing-masing. Kelulusan adalah tertakluk kepada jabatan/ agensi yang mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi dan mematuhi segala peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa pada 1 April 2011.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.04/2011 Pekeliling Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung pembekalan baju vest kepada Penghantar Notis di semua jabatan/ agensi.

Nama Pekeliling : Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.04/2011 Pekeliling Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!