PP Bil.03/2014 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014

Tujuan Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014 dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2014.

Latar Belakang

Kerajaan telah memutuskan supaya BKK sebanyak RM500.00 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 54 dan ke bawah di atas keprihatinan Kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam.

Kerajaan juga bersetuju memanjangkan pemberian BKK sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.

 

Pelaksanaan

BKK diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 54 dan ke bawah tertakluk kepada syarat telah berkhidmat sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014.

Pegawai Yang Layak

Pegawai Gred 54 dan ke bawah yang layak dibayar BKK adalah seperti berikut:

5.1 pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim;
5.2 pegawai yang bercuti separuh gaji;
5.3 pegawai yang bercuti tanpa gaji/ dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014;
5.4 pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
5.5 pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan YA Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

BKK juga dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 2 Julai 2014 tertakluk kepada syarat telah berkhidmat sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak dibayar BKK adalah seperti berikut:
7.1 pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;
7.2 pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014;
7.3 pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014;
7.4 pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014;
7.5 pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014; dan
7.6 pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014.

Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian BKK

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian BKK. Pegawai hanya layak dibayar BKK sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran.

Syarat Pembayaran

BKK dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014.

BKK sebanyak RM500.00 dibayar pada 15 Julai 2014.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKK ini adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

BKK kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen akan dibayar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM250.00.

Pesara

Bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang bersara dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014 layak dibayar BKK pada kadar RM500.00 tertakluk kepada syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari
berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan
terakhir pegawai berkhidmat.

Pesara Perkhidmatan Awam yang dilantik semula secara contract of service layak dibayar BKK pada kadar RM500.00 tertakluk kepada pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

Pegawai yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014 layak dibayar BKK pada kadar RM500.00 tertakluk kepada pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat,Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.03/2014 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2014.

Nama Pekeliling : Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.03/2014 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment