PP Bil.03/2011 Pekeliling Pemanjangan Bayaran Insentif Tawaran Baru Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru

Tujuan Pekeliling Pemanjangan Bayaran Insentif Tawaran Baru Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menggariskan pelaksanaan pemberian Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Latar Belakang

Selaras dengan pelaksanaan NKRA Pendidikan iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan, terdapat empat (4) sub-NKRA Pendidikan dan salah satu sub-NKRA Pendidikan tersebut adalah untuk mengadakan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian yang dibuat melalui Bai’ah atau Kontrak Perjanjian.

Pemberian BITB kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2011. Sebagai penghargaan dan keprihatinan terhadap sumbangan Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru, Kerajaan telah bersetuju supaya BITB turut dibayar kepada Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru yang berkhidmat di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB.

Tafsiran

Tawaran Baru merupakan suatu usaha baru Kerajaan bagi memberi insentif kewangan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan berdasarkan kepada Penilaian Berasaskan Pencapaian (Performance Based Assessment).

Jawatankuasa BITB Guru bermaksud jawatankuasa Tawaran Baru kepada guruguru yang mempunyai ahli-ahli dan terma rujukan seperti ditetapkan di para 13.3, 13.4 dan 13.5 Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2011. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk mempertimbang dan meluluskan senarai nama Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru yang layak menerima BITB.

Pegawai bermaksud Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru.

 

Pelaksanaan

Syarat dan Kelayakan

Pegawai yang berkhidmat di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB layak diberikan BITB sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru;

bertaraf tetap, sementara dan kontrak (contract of service);

berkhidmat genap enam (6) bulan atau lebih pada tahun penilaian;

LNPT dinilai oleh Pegawai Penilai di sekolah yang melayakkan Pengetua atau Guru Besar menerima BITB;

bebas daripada tindakan tatatertib pada tahun penilaian; dan

diluluskan oleh Jawatankuasa BITB Guru.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak dibayar BITB adalah seperti berikut:

lantikan contract for service dan sambilan;

pegawai lantikan selain Pihak Berkuasa Melantik di peringkat Persekutuan;

ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tahun penilaian; dan

dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun penilaian.

Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian BITB

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian BITB. Pegawai hanya layak sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Kadar

Kadar BITB bagi Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru adalah sebanyak RM500.00.

Mekanisme Pelaksanaan Dan Pentadbiran

Bagi tujuan pelaksanaan dan pentadbiran, pembayaran BITB ini adalah berdasarkan para 13 Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2011. Walau bagaimanapun, terma rujukan 4 di para 13.5 (i) PP KPM 1/2011 diperluaskan kepada mempertimbang dan meluluskan senarai nama guru-guru yang layak menerima BITB bersekali dengan Pegawai Kumpulan Sokongan Bukan Guru.

Kaedah Pembayaran

Perkiraan kadar pemberian BITB bagi Pegawai adalah seperti berikut:
12.1. tidak layak BITB sekiranya berkhidmat kurang daripada enam (6) bulan; dan
12.2. layak BITB pada kadar penuh sekiranya berkhidmat genap dan melebihi enam (6) bulan.

Pegawai hanya boleh menerima satu BITB sahaja di sekolah terakhir pegawai berkhidmat.

Pegawai yang bersara/ meninggal dunia/ letak jawatan/ tamat perkhidmatan/ tamat kontrak yang memenuhi syarat di para 7.1 hingga 7.6 adalah layak dibayar BITB.

Pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji/ dipinjamkan ke agensi lain tetapi tidak sepanjang tahun dalam tahun penilaian yang memenuhi syarat di para 7.1 hingga 7.6 adalah juga layak dibayar BITB.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan mengedarkan Pekeliling Perkhidmatan ini kepada Pusat Tanggungjawab (Sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab dan Pejabat Pelajaran Daerah) di bawah pentadbiran masing-masing supaya urusan pembayaran dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur serta mematuhi peraturan kewangan semasa.

PP Bil.03/2011 Pekeliling Pemanjangan Bayaran Insentif Tawaran Baru Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan pelaksanaan pemberian Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nama Pekeliling : Pemanjangan Bayaran Insentif Tawaran Baru Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.03/2011 Pekeliling Pemanjangan Bayaran Insentif Tawaran Baru Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!