SPP Bil.03/2010 Pekeliling Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat

Tujuan Pekeliling Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan berhubung dengan penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat.

Latar Belakang

WBB telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara mulai 1 Jun 2007 sebagaimana yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007.

Pelaksanaan

Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan ini:

‘Ketua Jabatan’ bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan, institusi atau agensi dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi kementerian, jabatan, institusi atau agensi untuk bertindak bagi pihaknya; dan

Pelaksanaan

Tempoh Waktu Pejabat bagi agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat adalah dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1 di bawah:

WBB bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat adalah dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 2 di bawah:

Pindaan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Jadual 1 di perenggan 4 bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dan perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 adalah dipinda.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Mei 2010.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, surat JPA(S)371/4 Klt.3(32) bertarikh 10 Jun 2007 adalah dibatalkan.

SPP Bil.03/2010 Pekeliling Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penambahbaikan proses bayaran balik pembaharuan lesen memandu agar lebih berkesan.

Nama Pekeliling : Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat.

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.03/2010 Pekeliling Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment