PP Bil.03/2009 Pekeliling Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib

Pekeliling Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib

Tujuan Pekeliling Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan urusan kenaikan pangkat bagi pegawai yang sedang disiasat dan juga telah dikenakan hukuman tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau Peraturan-Peraturan Tatatertib yang sedang berkuat kuasa.

Latar Belakang

Sifat-sifat peribadi terutamanya keutuhan pegawai merupakan salah satu daripada kriteria yang perlu diambil kira sebelum pegawai dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Oleh itu, sebelum pegawai dipertimbangkan dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat hendaklah dipastikan pegawai tersebut bebas dari hukuman tatatertib.

Urusan kenaikan pangkat yang lebih kerap dilaksanakan pada masa ini memerlukan semakan semula dibuat ke atas tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat kepada pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib.

Peraturan Baru

Pegawai dalam keadaan berikut boleh dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat:

(a) Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; atau
(b) Pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib.

Bagi pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

Pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan. Sekiranya terdapat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib, tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib

Bagi pegawai yang dikenakan lebih daripada satu hukuman tatatertib dalam satu pertuduhan tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat. Contoh kes; pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran dan denda bagi satu pertuduhan yang sama, tempoh tidak layak dinaikkan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat iaitu tempoh 18 bulan bagi hukuman denda (seperti di Lampiran A).

Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib dan kemudian menerima hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib yang lain dalam tempoh hukuman yang lain masih berjalan, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mengikut tempoh keseluruhan hukuman berakhir. Contoh kes; pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran bagi kes pertama dan kemudiannya dikenakan hukuman tatatertib turun gaji bagi kes kedua, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah mengikut tempoh keseluruhan hukuman berakhir (seperti di Lampiran B).

Pekeliling Perkhidmatan ini adalah terpakai untuk urusan kenaikan pangkat yang dilaksanakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 [P.U.(A) 151] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 1974 [P.U.(A) 89] atau Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat yang sedang berkuat kuasa.

Kaedah Pekeliling Perkhidmatan ini juga terpakai bagi urusan pemangkuan.

 

 

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1995 adalah dibatalkan.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.03/2009 Pekeliling Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan urusan kenaikan pangkat bagi pegawai yang sedang disiasat dan juga telah dikenakan hukuman tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau Peraturan-Peraturan Tatatertib yang sedang berkuat kuasa.

Nama Pekeliling : Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.03/2009 Pekeliling Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!