PP Bil.02/2017 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2017

PP Bil.02/2017 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2017

Tujuan Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2017 dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara Kerajaan.

Latar Belakang

Kerajaan telah memutuskan supaya BKK sebanyak RM500.00 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di atas keprihatinan Kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam.

Kerajaan juga bersetuju memanjangkan pemberian BKK sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.

Pelaksanaan

BKK diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat pada 2 Jun 2017 meliputi :

  • pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service1 dan guru interim;
  • pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji;
  • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya;
  • pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Pekerja Sambilan harian (PSH)

BKK sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang sedang berkhidmat pada 2 Jun 2017.

Pesara

BKK kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM250.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pesara Perkhidmatan Awam yang dilantik semula secara contract of service dan sedang berkhidmat pada 2 Jun 2017 layak dibayar BKK sebanyak RM500.00 sahaja. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat pada 2 Jun 2017.

Pegawai Meninggal Dunia dalam Perkhidmatan

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia sebelum atau pada 1 Jun 2017 layak dibayar BKK kepada penerima pencen terbitan sebanyak RM250.00.

Tarikh Pembayaran

BKK sebanyak RM500.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan RM250.00 kepada pesara Kerajaan akan dibayar sebelum 9 Jun 2017.

Tanggungjawab Pembayaran

Pembayaran BKK ini adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada 2 Jun 2017.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.02/2017 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2017

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai melaksanakan keputusan kerajaan untuk memberikan bantuan kepadan kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara.

Nama Pekeliling : Bantuan Khas Kewangan 2017 

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.02/2017 Pekeliling Bantuan Khas Kewangan 2017

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!