SPP Bil.02/2016 Pekeliling Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan mengenai penambahbaikan kemudahan dan faedah kepada pegawai lantikan secara kontrak (Contract of Service).

Latar Belakang

Dasar dan peraturan berkaitan kemudahan yang layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak (Contract of Service) dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 – Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak.

Sehubungan itu, sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatan pegawai lantikan secara kontrak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan tersebut ditambah baik.

Penambahbaikan

Penambahbaikan berkaitan kemudahan dan faedah kepada pegawai lantikan secara kontrak adalah seperti berikut:

Selaras dengan dasar baharu ini, pegawai lantikan kontrak layak diberikan kemudahan dan elaun seperti di Lampiran C serta apa-apa elaun dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, tertakluk tetapi tidak terhad kepada perkara yang diperuntukkan tersebut.

Peralihan

Bagi kontrak yang masih berkuat kuasa pada tarikh berkuatkuasanya surat pekeliling perkhidmatan ini, pegawai yang berkaitan layak diberi kemudahan dan faedah sebagaimana yang ditetapkan tanpa perlu menambah peruntukan baharu mengenainya dalam syarat perjanjian kontrak yang telah ditandatangani. Bagi pelantikan kontrak baharu dan pelantikan semula kontrak yang dibuat selepas surat pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa, syarat-syarat perjanjian kontrak yang baharu adalah seperti di Lampiran D.

Kekecualian

Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam surat pekeliling perkhidmatan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan surat pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Pembatalan

Tarikh Kuat Kuasa

Surat pekeliling perkhidmatan awam ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

SPP Bil.02/2016 Pekeliling Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai penambahbaikan kemudahan dan faedah kepada pegawai lantikan secara kontrak (Contract of Service).

Nama Pekeliling : Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.02/2016 Pekeliling Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!