PP Bil.02/2014 Pekeliling Skim Perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik

Tujuan Pekeliling Skim Perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mewujudkan satu skim perkhidmatan baharu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik.

Latar Belakang

Selaras dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi terutamanya dalam penggunaan media sosial dalam menyampaikan maklumat dan untuk menarik calon yang mempunyai kemahiran dalam pengurusan media sosial, kerajaan telah bersetuju mewujudkan skim perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik.

Pewujudan skim perkhidmatan baharu ini juga bagi memperkukuhkan komunikasi korporat perkhidmatan awam dan mempertingkatkan akses rakyat kepada maklumat yang tepat berkaitan perkhidmatan awam.

Peranan utama skim perkhidmatan ini adalah merancang, menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial.

 

Pelaksanaan

Skim perkhidmatan baharu ini dinamakan skim perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik. Perbekalan yang terdapat dalam skim perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

(a) skim perkhidmatan ini diletakkan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Sosial (S);
(b) gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini ialah Gred S41, S43/44, S47/48, S51/52, S53/54;
(c) syarat lantikan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41:

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau                                    (iii) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(d) skim perkhidmatan ini memperuntukkan pelantikan secara lateral ke gred-gred yang lebih tinggi iaitu Gred S43, S47, S51, S53 tertakluk memenuhi syarat seperti berikut:
(i) memiliki kelayakan akademik yang disyaratkan seperti di perenggan 5(c); dan
(ii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.

Maklumat berkaitan skim perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

(a) skim perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik adalah seperti di Lampiran A;
(b) format iklan jawatan adalah seperti di Lampiran B;
(c) Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) adalah seperti di Lampiran C; dan
(d) penghuraian kerja umum adalah seperti di Lampiran D.

Ketua Perkhidmatan bagi skim perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2014.

 

PP Bil.02/2014 Pekeliling Skim Perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mewujudkan satu skim perkhidmatan baharu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik.

Nama Pekeliling : Skim Perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik

Format Fail : PDF

Download :PP Bil.02/2014 Pekeliling Skim Perkhidmatan Pegawai Komunikasi Strategik

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!