PP Bil.02/2009 Pekeliling Larangan Penglibatan Pegawai Awam dalam Skim Cepat Kaya

Larangan Penglibatan Pegawai Awam dalam Skim Cepat Kaya

Tujuan Pekeliling Larangan Penglibatan Pegawai Awam dalam Skim Cepat Kaya dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.

Takrif

Bagi maksud Pekeliling ini:

Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.

Pegawai” bermaksud seorang anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau pihak-pihak berkuasa lain. Ia juga termasuk sebarang bentuk pelan / aktiviti pelaburan yang menyalahi undang-undang walaupun ianya d

Latar Belakang

Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. Selain itu, pengendali skim cepat kaya ini turut mengeksploitasi penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur lain.

Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang terlibat terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam.

Peraturan Baru

Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur.

Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut.

Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memantau pegawai di bawah penyeliaannya dan melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.

Tanggungjawab Pegawai

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, semua pegawai awam yang terlibat dalam skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur dikehendaki menghentikan penglibatan mereka dengan serta-merta.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan dan perenggan dalam Pekeliling Perkhidmatan seperti yang berikut adalah dibatalkan:

Tarikh Kuat Kuasa

Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.02/2009 Pekeliling Larangan Penglibatan Pegawai Awam dalam Skim Cepat Kaya

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.

Nama Pekeliling : Larangan Penglibatan Pegawai Awam dalam Skim Cepat Kaya

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.02/2009 Pekeliling Larangan Penglibatan Pegawai Awam dalam Skim Cepat Kaya

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment