SPP Bil.01/2016 Pekeliling Tambahan Waktu Peringkat (Wp) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (Wbb) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan

Tujuan Pekeliling Tambahan Waktu Peringkat (Wp) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (Wbb) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan berhubung dengan tambahan Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) dilaksanakan khas pada bulan Ramadan.

Latar Belakang

WBB telah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara mulai 1 Jun 2007 sebagaimana yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 dan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010.

Justeru, Kerajaan bercadang menambah WP dalam jadual WBB yang sedia ada di semua agensi Kerajaan Persekutuan kepada penjawat awam dalam bulan Ramadan dengan menambah WP4, WP5 dan WP6 selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan
penjawat awam meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan.

Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat Pada Bulan Ramadan

Bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari
pukul 1.00 petang hingga 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat) seperti di Jadual 1 berikut:

Bagi pejabat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 11.45 pagi hingga 1.45 petang (Jumaat) seperti di Jadual 2 berikut:

Bagi pejabat di negeri Sarawak, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang hingga pukul 1.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang (Jumaat) seperti di Jadual 3 berikut:

Bagi pejabat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, di mana hari Jumaat dan Sabtu merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat untuk WP4, WP5 dan WP6 ialah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang (Ahad – Rabu) dan 7.30 pagi hingga 3.30 petang (Khamis). Waktu Rehat ditetapkan dari pukul 1.00 petang
hingga pukul 1.30 petang (Ahad-Khamis) seperti di Jadual 4 berikut:

Walau apapun WP di atas, bagi waktu bekerja selain daripada waktu bekerja pejabat, ia adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan bagi mengatur waktu bekerja pegawai terlibat.

Sekiranya pegawai hendak mengubah WP daripada WP1/WP2/WP3 kepada WP4/WP5/WP6 bagi bulan Ramadan, pegawai perlu mengisi borang seperti di LAMPIRAN.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 1619 Jld.18(44) bertarikh 12 Jun 2015 adalah dibatalkan.

SPP Bil.01/2016 Pekeliling Tambahan Waktu Peringkat (Wp) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (Wbb) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan berhubung dengan tambahan Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) dilaksanakan khas pada bulan Ramadan.

Nama Pekeliling : Tambahan Waktu Peringkat (Wp) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (Wbb) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.01/2016 Pekeliling Tambahan Waktu Peringkat (Wp) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (Wbb) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment