PP Bil.01/2014 Pekeliling Bantuan Upah Jahit

Tujuan Pekeliling Bantuan Upah Jahit dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian Bantuan Upah Jahit. Ia adalah sebagai ganti bayaran balik upah jahit kepada pegawai Perkhidmatan Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain serta mengagihkan kepada pegawai bagi menguruskan sendiri jahitan dan membuat tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit.

Latar Belakang

Peraturan berkaitan kemudahan Pakaian Seragam adalah diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995 yang menetapkan pegawai yang layak dibekalkan dengan tiga (3) pasang pakaian seragam setahun.

Dari segi kaedah pembekalan pakaian seragam, terdapat tiga (3) kaedahseba gaimana diperuntukkan di bawah perenggan 5, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011 iaitu:

agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa; atau

agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh kementerian/ jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa;
atau

agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan bayaran balik upah jahit yang disokong dengan resit.

Bagi menangani isu tuntutan bayaran balik upah jahit yang disokong dengan resit, Kerajaan bersetuju supaya tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit digantikan dengan Bantuan Upah Jahit. Keputusan ini terpakai bagi agensi yang menggunakan kaedah pembekalan pakaian seragam seperti di perenggan 3.3 di atas.

Pelaksanaan

Bantuan Upah Jahit diberi kepada pegawai yang layak bagi kategori pakaian yang berikut:

Syarat-syarat

Pegawai Perkhidmatan Awam yang layak diberi Bantuan Upah Jahit adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

pegawai yang layak kemudahan pakaian seragam;

setiap pegawai layak diberi Bantuan Upah Jahit terhad kepada tiga (3) pasang pakaian seragam dalam setiap tahun kalendar; dan

bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam siap dijahit yang kurang daripada tiga (3) pasang dalam setahun, layak menerima Bantuan Upah Jahit untuk baki bilangan pakaian seragam yang dibekalkan kain.

Bantuan Upah Jahit tidak layak diberikan kepada:

pegawai yang dibekalkan kesemua tiga (3) pakaian seragam siap dijahit; atau

pegawai yang dibekalkan kain dan perolehan perkhidmatan jahitan diuruskan secara berasingan oleh kementerian/ jabatan/ agensi mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa termasuk kontrak pusat.

Kadar

Kadar Bantuan Upah Jahit adalah seperti berikut:

Tanggungjawab Ketua Jabatan

mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi Bantuan Upah Jahit;

menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit dengan mengandungi butir-butir maklumat seperti format di Lampiran A; dan

memastikan bekalan kain dibuat pada tempoh yang munasabah supaya pakaian seragam dapat disiapkan dalam waktu yang diperlukan.

Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab

Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab dalam memastikan:

Bantuan Upah Jahit dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai;

Bantuan Upah Jahit disempurnakan dalam tahun kewangan semasa dan baki peruntukan dalam tahun kewangan semasa adalah mencukupi;

bagi pembayaran Bantuan Upah Jahit yang tidak dapat dibuat dalam tahun semasa, peraturan kewangan yang berkuat kuasa hendaklah dipatuhi; dan

Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit telah disediakan dan disahkan oleh Ketua Jabatan dengan mengandungi butir-butir maklumat seperti format di Lampiran A.

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai-pegawai yang dibekalkan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian seragam yang kemas, bersih dan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas untuk menjaga imej Perkhidmatan Awam.

Pegawai perlu menandatangani pengesahan seperti format di Lampiran A sebagai pembuktian pakaian seragam baru telah siap dijahit.

Pegawai perlu memastikan pakaian seragam yang dijahit/ ditempah adalah memenuhi rekabentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian/ jabatan/agensi mengikut perkhidmatan masing-masing.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 April 2014.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaan pakai pekeliling perkhidmatan ini oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.01/2014 Pekeliling Bantuan Upah Jahit

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian Bantuan Upah Jahit. Ia adalah sebagai ganti bayaran balik upah jahit kepada pegawai Perkhidmatan Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain serta mengagihkan kepada pegawai bagi menguruskan sendiri jahitan dan membuat tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit.

Nama Pekeliling : Bantuan Upah Jahit

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.01/2014 Pekeliling Bantuan Upah Jahit

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!