SPP Bil.01/2010 Pekeliling Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri

Tujuan Pekeliling Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai had umur maksimum dan tempoh pelantikan secara kontrak pesara sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri.

Latar Belakang

Pada masa kini, pengisian jawatan Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri adalah dilaksanakan melalui kenaikan pangkat bagi pegawai sedang berkhidmat atau secara kontrak dari kalangan pesara. Bagi pesara yang dilantik secara kontrak, had umur maksimum adalah 60 tahun dan tempoh sesuatu kontrak hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun selaras dengan Perenggan 13.2 dan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) [PP 2/2008].

Peraturan Baru

Selaras dengan matlamat untuk menambahbaik sistem kehakiman syariah dan seterusnya ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, Kerajaan telah memutuskan supaya tempoh setiap pelantikan secara kontrak pesara yang mengisi jawatan Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri adalah tidak melebihi lima (5) tahun sehingga pegawai mencapai had umur maksimum 66 tahun.

Pelaksanaan

Dalam melaksanakan keputusan ini, Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira perkara berikut:

(i) dasar, prinsip dan syarat-syarat lain mengenai pelantikan secara kontrak seperti yang ditetapkan dalam PP 2/2008 hendaklah dipatuhi;

(ii) tempoh kontrak dan had umur maksimum ini tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, prestasi kerja yang baik dan pegawai disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;

(iii) pegawai yang dilantik secara kontrak mulai tarikh kuat kuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini layak dipertimbangkan untuk ditawarkan kontrak berdasarkan tempoh kontrak baru tertakluk kepada had umur maksimum 66 tahun; dan

(iv) pegawai yang perkhidmatan kontraknya sedang berkuat kuasa semasa Surat Pekeliling Perkhidmatan dikeluarkan akan terus tertakluk kepada perjanjian kontrak yang ditandatangani. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk ditawarkan kontrak berdasarkan tempoh baru semasa pelantikan semula secara kontrak tertakluk kepada had umur maksimum 66 tahun.

 

Pemakaian

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah diterima pakai oleh semua Perkhidmatan Awam Negeri di bawah Perkhidmatan Gunasama Am Persekutuan. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini juga dipanjangkan kepada Perkhidmatan Negeri yang lain tertakluk kepada penerimaan pakai pihak berkuasa yang berkenaan.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

 

SPP Bil.01/2010 Pekeliling Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai had umur maksimum dan tempoh pelantikan secara kontrak pesara sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri.

Nama Pekeliling : Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.01/2010 Pekeliling Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment