PP Bil.01/2010 Pekeliling Pelaksanaan dan Penetapan Gred Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat

Pelaksanaan dan Penetapan Gred Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Setiausaha Pejabat

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan dan Penetapan Gred Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk menetapkan gred jawatan dan kadar elaun Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36 berikutan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009 bertajuk Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat.

Definisi

Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini,

Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah agensi awam di peringkat ibu pejabat iaitu Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau ketua perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan; dan
“Ketua Perkhidmatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan.

Latar Belakang

Dalam usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan jabatan, Kerajaan telah menambahbaik skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32 kepada skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.

Gelaran Jawatan

Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009, skop fungsi tugas Pembantu Khas meliputi kesetiausahaan, pentadbiran pejabat, kewangan, perhubungan awam dan jaringan kerja. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan tersebut, gelaran jawatan bagi skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat adalah Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas.

Gred Jawatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009 telah menetapkan gred jawatan hakiki Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat yang menjalankan tugas Pembantu Khas kepada pegawai penyelia yang layak berdasarkan gred jawatan hakiki pegawai penyelia seperti di Jadual 1:

Gred Jawatan Hakiki Pegawai Penyelia dan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat

Penempatan

Bagi memenuhi keperluan mengekalkan kemahiran dan kesesuaian khusus Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas, Kerajaan telah memberi kelonggaran supaya penempatan mereka dilaksanakan secara fleksi. Kaedah penempatan secara fleksi ini tidak boleh digunakan untuk tujuan kenaikan pangkat. Gred jawatan fleksi Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas kepada Pegawai Penyelia yang layak adalah seperti di Jadual 2:

Gred Jawatan Fleksi Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas

Elaun Pembantu Khas

Elaun Pembantu Khas dibayar kepada Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas berdasarkan gred jawatan hakiki pegawai penyelia mengikut kadar seperti di Jadual 3:

Kadar Elaun Pembantu Khas

Elaun Pembantu Khas layak dibayar kepada:

(a) Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas yang dikhususkan kepada pegawai penyelia yang layak mendapat Pembantu Khas; dan
(b) Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas yang tidak dikhususkan sebagai Pembantu Khas tetapi diarahkan oleh Ketua Jabatan menjalankan tugas-tugas Pembantu Khas secara ganti kepada pegawai penyelia yang layak mendapat Pembantu Khas. Bayaran Elaun Pembantu Khas adalah secara proportionate mengikut bilangan hari bertugas secara sepenuh masa.

Sekiranya Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas diarah menanggung kerja tugas jawatan Pembantu Khas, maka pegawai tersebut hanya layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja.

Kaedah Pembayaran

Tarikh mula pembayaran Elaun Pembantu Khas adalah dibayar mulai tarikh pengisian jawatan Pembantu Khas. Pembayaran hendaklah dibuat secara proportionate dalam keadaan di mana perkhidmatan/penempatan pegawai tidak genap satu (1) bulan.

Pemberhentian Pembayaran Elaun

Pembayaran Elaun Pembantu Khas kepada Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas hendaklah dihentikan apabila Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas berada dalam keadaan-keadaan berikut :

(a) Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji);
(b) Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji);
(c) Cuti Belajar Bergaji Penuh melebihi 92 hari;
(d) Cuti Rehat melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
(e) cuti selain daripada Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
(f) kombinasi mana-mana jenis cuti yang melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja; atau
(g) menjalankan tugas Rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang melebihi 92 hari.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab bagi mengesah dan menentukan semua urusan pembayaran dan pemberhentian elaun berkenaan.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2008 kecuali perkara berkaitan Elaun Trengkas Dwibahasa di perenggan 6, 7, 8 dan 9(b) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 adalah dibatalkan kecuali untuk tujuan pembayaran elaun-elaun bagi pegawai yang tidak bersetuju menerima opsyen pertukaran pelantikan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009.

Pemakaian

Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009 ‘Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat’. Peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

PP Bil.01/2010 Pekeliling Pelaksanaan dan Penetapan Gred Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk menetapkan gred jawatan dan kadar elaun Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36 berikutan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009 bertajuk Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan dan Penetapan Gred Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.01/2010 Pekeliling Pelaksanaan dan Penetapan Gred Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment