PP Bil.01/2009 Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Bekuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978

Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Bekuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978

Tujuan Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Bekuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978 dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan syarat dan menetapkan prosedur bagi melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan pemberian opsyen semula kepada pekerja sektor awam yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Secara khusus Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk melaksanakan keputusan tersebut bagi pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah memilih Skim KWSP semasa memilih Skim Baru. “Skim Baru” ertinya gaji-gaji dan had-had serta syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja-pekerja dalam Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berbangkit daripada penyemakan gaji-gaji dan had-had serta syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan mulai dari 1hb Januari 1976.

Latar Belakang

Semasa melaksanakan Skim Baru, pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang masih tertakluk kepada Skim KWSP diberi opsyen untuk terus mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang simpanan lain yang dibenarkan. Pekerja yang telah memilih untuk berbuat demikian telah tertakluk kepada Skim KWSP dan undang-undang berkaitan sehingga hari ini. Pekeliling Perkhidmatan bagi opsyen tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan pada tahun 1977 (bagi Pihak Berkuasa di Semenanjung) dan pada tahun 1978 (bagi Pihak Berkuasa
Sabah/Sarawak).

Dengan keputusan Kerajaan untuk memberi opsyen semula ini, mereka yang memilih pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain melalui Pekeliling Perkhidmatan ini akan tertakluk kepada Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).

Opsyen semula pekerja di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini akan menjadi muktamad pada 1 Februari 2009.

 

Pelaksanaan

Pekerja yang Layak ditawarkan Opsyen Semula

Opsyen semula ini layak ditawarkan kepada pekerja tetap yang telah memilih Skim KWSP melalui tawaran opsyen kepada pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Berkuasa berkenaan pada tahun 1977/1978.

“Pekerja tetap” yang dimaksudkan adalah termasuk pekerja yang sedang–

(i) dalam peminjaman;
(ii) dalam pertukaran sementara;
(iii) bercuti (cuti tanpa gaji, cuti separa gaji dan cuti sakit khas);
(iv) bercuti belajar atau berkursus; dan
(v) dalam tindakan tatatertib yang belum berkeputusan muktamad pekerja itu dibuang kerja.

Pekerja Yang Tidak Layak Ditawarkan Opsyen Semula

Opsyen semula ini tidak layak ditawarkan kepada:

(i) pekerja yang telah memilih Skim KWSP dan telah bersara pada atau sebelum 1 Januari 2009; dan
(ii) pekerja yang telah memilih Skim KWSP dan berkhidmat di agensi Kerajaan berasaskan sistem saraan yang diasingkan daripada Skim Baru (termasuk Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia).

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah:

(i) memberikan penjelasan mengenai perbandingan antara Skim KWSP dan pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A, sebelum pekerja membuat pilihan melalui opsyen semula;

(ii) mengedarkan Borang Opsyen Semula seperti di Lampiran B kepada setiap pekerja yang layak diberi opsyen semula;
(iii) memastikan pekerja mengemukakan 3 salinan Borang Opsyen Semula yang telah dilengkapkan sebelum tarikh tamat tempoh opsyen semula dan mengembalikan sesalinan borang tersebut untuk rujukan pekerja;
(iv) menyimpan sesalinan Borang Opsyen Semula pekerja dalam fail peribadinya;
(v) merekodkan pilihan opsyen semula pekerja dalam Buku Perkhidmatan dengan mencatatkan maklumat seperti di Lampiran C;
(vi) memperakukan secepat mungkin setiap pekerja yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain melalui opsyen semula ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) untuk diberi taraf berpencen mengikut prosedur yang berkuat kuasa pada masa kini;
(vii) mengembalikan sesalinan borang opsyen semula yang lengkap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) sebelum 7 Februari 2009.

Tempoh Opsyen Semula

Opsyen semula boleh dibuat mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa. Borang Opsyen Semula hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan sebelum 1 Februari 2009. Pekerja yang tidak membuat opsyen semula
atau tidak menyerahkan Borang Opsyen Semula sebelum tarikh tersebut atau yang membuat opsyen dengan bantahan atau syarat tambahan disifatkan kekal di bawah Skim KWSP. Opsyen oleh pekerja berkuat kuasa pada 1 Februari 2009 dan adalah muktamad.

Implikasi Opsyen Semula Kepada Pekerja yang Memilih Pencen, Ganjaran atau Faedah-Faedah lain Sebagai Skim Faedah Persaraan

Pemakaian Undang-Undang Pencen Dan Peraturan-Peraturan Lain

Pekerja yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain di bawah pemberian opsyen semula ini adalah tertakluk kepada undang-undang pencen serta Perintah Am, peraturan perkhidmatan, skim perkhidmatan, pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling perkhidmatan dan arahan-arahan lain berkaitannya yang berkuat kuasa sehubungan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain.

Pemberian Taraf Berpencen

Perakuan pemberian taraf berpencen kepada pekerja yang memilih pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain di bawah opsyen semula ini hendaklah mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa. Borang Opsyen Semula pekerja tersebut hendaklah dilampirkan semasa perakuan pemberian taraf berpencen dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan). Tarikh kuat kuasa pemberian taraf berpencen tidak boleh lebih awal daripada 1 Februari 2009.

Bagi memenuhi syarat pemberian taraf berpencen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Akta 239, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira adalah mulai tarikh pelantikan pertama pekerja dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undang-undang pencen.

Pengambilan Kira Tempoh Perkhidmatan

Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama pekerja dalam perkhidmatan sehingga pekerja berkenaan bersara atau dibersarakan di bawah undang-undang pencen tertakluk kepada syarat-syarat mengenai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah undangundang pencen. Walau bagaimanapun, apa-apa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi mana-mana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan sebagaimana contoh di Lampiran D.

Kematian Pekerja Dalam Tempoh Opsyen

Jika seseorang pekerja yang telah memilih pencen, ganjaran atau faedahfaedah lain melalui opsyen semula meninggal dunia sebelum tarikh kuat kuasa opsyen tersebut, pekerja itu disifatkan sebagai pekerja berpencen seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7(d) Akta 239 berasaskan pengesahan ke dalam perkhidmatan beliau sebelum ini. Peruntukan undang-undang pencen berkaitan dengan pemberian pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain adalah terpakai ke atasnya pada tarikh kematiannya itu.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pemakaian

Pekeliling Perkhidmatan ini meliputi pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

PP Bil.01/2009 Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Bekuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan menjelaskan syarat dan menetapkan prosedur bagi melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan pemberian opsyen semula kepada pekerja sektor awam yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Secara khusus Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk melaksanakan keputusan tersebut bagi pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah memilih Skim KWSP semasa memilih Skim Baru. “Skim Baru” ertinya gaji-gaji dan had-had serta syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja-pekerja dalam Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berbangkit daripada penyemakan gaji-gaji dan had-had serta syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan mulai dari 1hb Januari 1976.

Nama Pekeliling : Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Bekuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.01/2009 Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Bekuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment