PKSKPDKT Bil.07/2009 Pekeliling Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek Pembangunan Jabatan Kerja Raya (JKR)

Tujuan Pekeliling Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek Pembangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek Pembangunan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Latar Belakang

Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) menghendaki setiap jabatan atau agensi Kerajaan berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) berkenaan aktiviti pemajuan yang hendak dijalankannya. Ini adalah bagi membolehkan PBN mengambil maklum berkenaan dengan projek pembangunan yang hendak
dilaksanakan dan mengelakkan kemungkinan pemajuan berkenaan terkeluar daripada perancangan dan seterusnya menyulitkan kerja-kerja penyelarasan pembangunan fizikal di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-62 (MNKT Ke-62) pada 17 September 2009 telah bersetuju dengan penambahbaikan urusan mendapatkan kelulusan kebenaran merancang secara rundingan dengan pihak JPN di bawah peruntukan seksyen 20A, Akta 172 bagi projek-projek Kerajaan yang diurus dan diselia oleh JKR.

Tindakan Oleh PBT

Bagi melaksanakan keputusan tersebut di atas, setiap PBN dan PBT hendaklah melaksanakan proses urusan rundingan dengan JPN seperti carta di Lampiran 1. Melalui proses perundingan ini, aktiviti-aktiviti pemajuan akan mendapat perhatian PBN selaras dengan dasar semasa negeri berkenaan dan PBT hendaklah dimaklumkan mengenainya. Proses rundingan ini berupaya memendekkan tempoh mendapat kelulusan kebenaran merancang sekaligus membolehkan projek-projek pembangunan yang diselia oleh JKR dilaksanakan dengan segera.

 

Walau bagaimanapun, proses rundingan di bawah seksyen 20A, Akta 172 tidak terpakai bagi Wilayah Persekutuan memandangkan JPN tidak wujud di Wilayah Persekutuan. Sehubungan dengannya amalan mengikut proses kebenaran merancang yang sedia ada sekarang akan terus digunapakai.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung pekeliling ini boleh dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari
50646 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan)
No. Telefon : 03-2698 9211 / 2273 3326
No. Fax : 03-2273 3325

Penutup

Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN dan PBT.

PKSKPDKT Bil.07/2009 Pekeliling Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek Pembangunan Jabatan Kerja Raya (JKR)

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek Pembangunan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Nama Pekeliling : Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek Pembangunan Jabatan Kerja Raya (JKR)

Format Fail : PDF

Download : PKSKPDKT Bil.07/2009 Pekeliling Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek Pembangunan Jabatan Kerja Raya (JKR)

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian dan Kerajaan Tempatan

Add Comment

error: Content is protected !!