PKSKPDKT Bil.06/2009 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi Tujuan

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi Tujuan dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan
Tanah Tinggi.

Latar Belakang

Terdapat 2 garis panduan yang digunakan oleh PBT sekarang bagi menyemak dan menyelaras pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi iaitu seperti berikut:

(i) Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Bukit yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (GP KPKT, 1997); dan
(ii) Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (GP NRE, 2005).

Berikutan daripada beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan bukit dan tanah tinggi yang berkecerunan tinggi, Kerajaan telah memutuskan supaya penyelarasan di buat ke atas kedua-dua garis panduan tersebut.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-62 (MNKT Ke-62) pada 17 September 2009 telah bersetuju dengan cadangan penyelarasan seperti berikut:

(i) Definisi Bukit

(ii) Aspek Ketinggian

(iii) Aspek Kecerunan

Secara terperinci, Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi adalah seperti di Lampiran 1.

Garis panduan yang disediakan ini adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip utama, iaitu keselamatan (nyawa dan harta benda), kesensitifan alam sekitar (kemampanan) serta memenuhi kehendak-kehendak perundangan.

Pelaksanaan Garis Panduan Oleh PBT

Di peringkat PBT, proses permohonan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi diselaraskan oleh Pusat Setempat (OSC). Ini bertujuan untuk memudahkan keperluan memenuhi semua peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan projek pembangunan dan keperluan teknikal jabatan-jabatan teknikal turut dipatuhi. Carta alir
memproses permohonan melalui OSC adalah seperti di Lampiran 2. Untuk tujuan pelaksanaan garis panduan ini, PBT hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:

(i) bagi projek pembangunan baru di kawasan bukit dan tanah tinggi akan tertakluk kepada garis panduan ini;
(ii) bagi projek pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi PBT selain daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah tertakluk kepada kebenaran daripada Jawatankuasa Berkaitan Tanah Tinggi Negeri masing-masing;
(iii) bagi projek pembangunan yang telah diluluskan sebelum garis panduan ini dikuat kuasakan tetapi belum dimulakan, Kerajaan Negeri dan PBT hendaklah berunding dengan pihak pemaju untuk mematuhi garis panduan tersebut; dan                                                                                                                                                                                       (iv) bagi projek pembangunan yang telah bermula tetapi dibekukan sementara hendaklah tertakluk kepada perincian (verifikasi) semula geo-technical engineering dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Berkaitan Tanah Tinggi Negeri masing-masing atau kepada Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bagi DBKL.

Selaras dengan penggunaan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi, Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Bukit yang dikeluarkan oleh KPKT melalui Surat Edaran Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT [Ruj:KPKT(02)(S)74/6 Klt. 2 (20)] bertarikh 24 April 1997 adalah terbatal.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung pekeliling ini boleh dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari
50646 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan)
No. Telefon : 03-2698 9211 / 2699 2172
No. Fax : 03-2693 3964 / 2694 1639

Penutup

Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN dan PBT.

PKSKPDKT Bil.06/2009 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan
Tanah Tinggi.

Nama Pekeliling : Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi Tujuan

Format Fail : PDF

Download : PKSKPDKT Bil.06/2009 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian dan Kerajaan Tempatan

Add Comment

error: Content is protected !!