PKSKPDKT Bil.04/2008 Pekeliling Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Tujuan Pekeliling Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung kriteria baru yang digunakan bagi permohonan naik taraf PBT. Kriteria baru naik taraf PBT adalah seperti di Lampiran 1 kepada pekeliling ini.

Latar Belakang

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mei 2008 dan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008 telah bersetuju dengan cadangan kriteria baru naik taraf PBT bagi menggantikan kriteria sedia ada.

Naik taraf PBT adalah selaras dengan peruntukan seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana PBN, dengan berunding dengan Menteri dan PBT, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu PBT.

Kriteria Baru Naik Taraf PBT

Kriteria baru naik taraf PBT menekankan kepada 5 perkara berikut:
(i) jumlah penduduk;
(ii) jumlah hasil tahunan;
(iii) sistem penyampaian perkhidmatan;
(iv) keupayaan pusat pertumbuhan baru; dan
(v) kemampuan menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan infrastruktur, dan utiliti awam serta keupayaan membentuk jenama dan imej bandar.

Peranan dan fungsi PBT tidak terbatas kepada pengutipan cukai taksiran serta penyediaan perkhidmatan asas perbandaran malah PBT seharusnya berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan setempat serta relevan dengan cabaran globalisasi. Sehubungan dengan itu, kriteria baru naik taraf PBT ini mampu memastikan kenaikan
taraf sesebuah PBT dapat memenuhi harapan dan kehendak Kerajaan dan rakyat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat, meningkatkan daya saing negara serta memelihara alam sekitar.

Walau apapun kriteria yang ditetapkan bagi naik taraf PBT, PBN boleh memohon untuk diberikan pertimbangan khas di atas kepentingan-kepentingan tertentu supaya sesebuah PBT tersebut diberi taraf yang sesuai. Dalam hal yang demikian, PBN hendaklah bersedia menampung sebarang kekurangan hasil ataupun lain-lain ketidakupayaan PBT tersebut terutamanya bagi PBT yang berada dalam kawasan ibu negeri. Proses permohonan naik taraf PBT adalah seperti di Lampiran 2.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Penutup

Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN dan PBT.

PKSKPDKT Bil.04/2008 Pekeliling Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung kriteria baru yang digunakan bagi permohonan naik taraf PBT. Kriteria baru naik taraf PBT adalah seperti di Lampiran 1 kepada pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Format Fail : PDF

Download : PKSKPDKT Bil.04/2008 Pekeliling Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian dan Kerajaan Tempatan

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!