PKSKPDKT Bil.03/2009 Pekeliling Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat

Tujuan Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat Pekeliling  dikeluarkan

PPekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) mengenai pelaksanaan Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat seperti di Lampiran.

Latar Belakang

Amalan masyarakat di bangunan kediaman berbilang tingkat yang menyidai kain secara tidak teratur di bahagian tingkap, balkoni dan koridor telah mencemarkan pemandangan di kawasan bandar. Ini disebabkan pada masa ini, tiada peraturan khusus yang dikuatkuasakan bagi tujuan membendung amalan tersebut. Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan satu kajian bagi mewujudkan satu garis panduan penyidaian kain yang praktikal untuk menangani masalah penyidaian kain di kediaman berbilang tingkat.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan tersebut, antara faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya amalan penyidaian kain yang tidak teratur di kediaman berbilang tingkat adalah seperti berikut:

(i) ruang penyidaian kain yang tidak mendapat pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi;
(ii) ruang penyidaian kain sedia ada digunakan untuk tujuan lain seperti stor dan meletak peralatan;
(iii) tiada House Rules dalam pengurusan bangunan atau House Rules yang disediakan tidak mempunyai elemen tatacacara penyidaian kain;
(iv) House Rules yang disediakan tidak dipatuhi oleh penghuni;
(v) tiada tindakan penguatkuasaan oleh pihak pengurusan bangunan dan PBT;
(vi) pelan susun atur bangunan meletakkan ruang penyidaian kain di bahagian belakang bersebelahan dengan ruang dapur dan selalunya menghadap ke jalan raya; dan
(vii) ruang penyidaian kain yang disediakan terlalu kecil dan sempit.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-61 (MNKT Ke-61) pada 2 Disember 2008 telah bersetuju dengan pelaksanaan Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat bagi menangani amalan penyidaian kain yang tidak teratur di kediaman berbilang tingkat.

Penggunaan Garis Panduan

Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat yang dilampirkan kepada pekeliling ini menerangkan secara terperinci amalan penyidaian kain yang baik dan paling sesuai digunakan di kediaman berbilang tingkat dan ia merangkumi peranan dan tanggungjawab pihak-pihak terlibat yang terdiri daripada
penghuni, pihak pengurusan bangunan dan PBT serta aspek penggunaan peralatan bagi mengatasi masalah penyidaian yang tidak teratur.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung pekeliling ini boleh dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 6, Blok F (Utara)
Pusat Bandar Damansara
50782 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik)
No. Telefon : 03-20947033 / 20874761
No. Fax : 03-20936982 / 20930709

Penutup

Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN, PBT dan COB .

PKSKPDKT Bil.03/2009 Pekeliling Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) mengenai pelaksanaan Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat seperti di Lampiran.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat

Format Fail : PDF

Download : Garis Panduan Penyidaian Kain Di Kediaman Berbilang Tingkat

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian dan Kerajaan Tempatan

Add Comment