PKSKPDKT Bil.02/2009 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai dasar perancangan papan iklan luar melalui pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar seperti di Lampiran.

Latar Belakang

Peraturan pemasangan papan iklan luar sedia ada didapati tidak berkesan untuk mengawal kepesatan pembangunan industri pengiklanan luar di Semenanjung Malaysia yang boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan awam, menyumbang kepada kemerosotan pandangan persekitaran serta penghasilan pengiklanan yang tidak bersesuaian dengan imej tempatan.

Terdapat 5 kekurangan yang ketara pada garis panduan sedia ada seperti berikut:
(i) pemeliharaan visual persekitaran tidak diberi penekanan;
(ii) tidak berasaskan prinsip yang kukuh;
(iii) saiz papan iklan yang dibenarkan terlalu besar;
(iv) kurang kawalan ke atas jenis iklan selain free standing billboard; dan
(v) aspek kandungan iklan tidak diberi penekanan.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2008 dan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-61 (MNKT Ke-61) pada 2 Disember 2008 telah bersetuju dengan cadangan pemakaian Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar bagi membolehkan pemasangan papan iklan luar dalam kawasan PBT di Semenanjung Malaysia dikawal secara seragam. Garis panduan ini meliputi aspek kawalan ke atas pemasangan struktur dan kandungan iklan.

Penggunaan Garis Panduan

Garis panduan ini digunakan sebagai panduan kepada PBT bagi tujuan meluluskan pembinaan papan iklan luar. Bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan, mesyuarat MNKT Ke-61 juga telah bersetuju dengan ketetapanketetapan seperti berikut:
(i) bagi negeri-negeri yang telah menandatangani perjanjian konsesi dengan syarikat pengiklanan, implikasi perundangan perlu dikaji sebelum pemakaian garis panduan ini dilaksanakan sepenuhnya; dan
(ii) bagi permohonan baru, ia hendaklah tertakluk kepada garis panduan ini.

Kelulusan lesen bagi papan iklan luar masih lagi tertakluk kepada Undang- Undang Kecil Iklan yang diwujudkan di bawah seksyen 102(c) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan contoh carta alir proses kelulusan lesen papan iklan luar adalah seperti di Lampiran 1.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung pekeliling ini boleh dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari
50646 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan)
No. Telefon : 03-26989211 / 26992146
No. Fax : 03-26931128 / 26933964

Penutup

Pemakaian peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN dan PBT Semenanjung Malaysia.

PKSKPDKT Bil.02/2009 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai dasar perancangan papan iklan luar melalui pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar seperti di Lampiran.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar

Format Fail : PDF

Download : PKSKPDKT Bil.02/2009 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian dan Kerajaan Tempatan

Add Comment

error: Content is protected !!