PKPA Bil.07/1991 Pekeliling Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

Tujuan Pekeliling Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dikeluarkan

Pekeliling ini mengandungi panduan mengenai pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dalam Perkhidmatan Awam. Panduan Mengenai Pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti di lampiran kepada Pekeliling ini.

KMK Ke Arah Pengurusan Kualiti

Dengan pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang pada tahun 1989, Kerajaan adalah menitikberatkan peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan dan juga kakitangan dalam usaha-usaha ke arah meningkatkan kualiti dalam jabatan-jabatan /pejabat-pejabat Kerajaan. Bagi tujuan ini, Kerajaan adalah menggalakkan
penubuhan Pasukan-pasukan Kerja di peringkat pegawai atau KMK yang dianggotai oleh kakitangan di Kumpulan C dan D untuk menyelesaikan masalahmasalah di tempat kerja.

Sumbangan kedua-dua pihak pengurusan dan juga KMK ke arah penyelesaian masalah dan seterusnya peningkatan produktiviti dan kualiti organisasi adalah penting dalam usaha Kerajaan untuk mewujudkan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (Total Quality Management) di sektor awam.

Pekeliling ini hendaklah dipakai mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.

 

PKPA Bil.07/1991 Pekeliling Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengandungi panduan mengenai pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dalam Perkhidmatan Awam. Panduan Mengenai Pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti di lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.07/1991 Pekeliling Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!