PKPA Bil.05/1991 Pekeliling Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP)

Tujuan Pekeliling Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP) dikeluarkan

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk membantu Ketua-ketua Jabatan bagi menyediakan jadual pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan serta bagi mengurus, mengesan dan mengawasi pelaksanaan projek dengan menggunakan Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP). Panduan mengenai sistem ini adalah seperti di
lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Sistem Maklumat Agensi-agensi Pusat Yang Disatukan (SETIA) yang sedang digunakan sekarang ini lebih memberi tumpuan kepada prestasi kewangan. Sebagai usaha untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang
kedudukan pelaksanaan sesuatu projek serta bagi mempertingkatkan keberkesanan penyelarasan, pelaksanaan dan pengurusan projek-projek pembangunan Kerajaan, satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP) diperkenalkan.

Sistem penjadualan ini merupakan pelengkap kepada Sistem SETIA yang sedia ada. Sistem SETIA akan terus berperanan mengesan prestasi kewangan manakala Sistem SIAP pula akan memberi tumpuan kepada prestasi fizikal. Dengan menggunakan kedua-dua sistem tersebut, Pegawai-pegawai Pengawal dan Pengurus-pengurus
Projek akan dapat mengawal serta menguruskan projek pembangunan masing-masing dengan lebih berkesan bagi mengelakkan ketidakupayaan berbelanja dan mempastikan projek disiapkan mengikut jadual.

Faedah Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP)

Penggunaan Sistem SIAP akan membolehkan semua pihak yang berkenaan bertindak sebagai satu pasukan, khususnya dalam:

Merancang jadual kerja masing-masing dalam konteks pelaksanaan projek secara keseluruhan;
Menyedia anggaran keperluan peruntukan kewangan tahunan selaras dengan jadual pelaksanaan projek;
Mengesan dan mengawasi kemajuan projek dengan lebih efektif dan teratur;
Mengenalpasti masalah di peringkat awal;
Mengambil tindakan penyelesaian dengan segera; dan
Mengurus sumber kewangan dengan lebih berkesan dengan cara pindah peruntukan (virement) daripada projek yang menghadapi masalah pelaksanaan yang tidak dapat diselesaikan dengan segera kepada projek-projek lain yang sedia diluluskan, dan dengan itu meminimakan masalah tidak berbelanja (shortfall).

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

PKPA Bil.05/1991 Pekeliling Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP)

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk membantu Ketua-ketua Jabatan bagi menyediakan jadual pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan serta bagi mengurus, mengesan dan mengawasi pelaksanaan projek dengan menggunakan Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP). Panduan mengenai sistem ini adalah seperti di
lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP)

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.05/1991 Pekeliling Panduan Mengenai Sistem Penjadualan Yang Bersepadu (SIAP)

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment