PKPA Bil.04/1992 Pekeliling Pengendalian Pengaduan Awam

Tujuan Pekeliling Pengendalian Pengaduan Awam dikeluarkan

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan pihak-pihak yang berkuasa mengenai sistem pengendalian pengaduan awam yang baru dan peranan mereka untuk melaksanakan sistem pengendalian pengaduan awam itu. Pengendalian pengaduan awam yang baru ini adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Agensi Pengendalian

Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri adalah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sistem pengaduan awam ini.

Pengendalian Pengaduan Awam

Peranan Biro Pengaduan Awam di bawah sistem pengendalian pengaduan awam yang baru ini ialah untuk menerima dan menyiasat pengaduan-pengaduan daripada orang awam mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan atau keputusan pentadbiran Kerajaan yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salahlaku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Hasil siasatan Biro Pengaduan Awam akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam untuk pertimbangan dan keputusan. Jawatankuasa boleh mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan Persekutuan/Ketua Badan Berkanun Persekutuan/Ketua Pihak Berkuasa Tempatan/Ketua Agensi berkenaan untuk hadir dan memberi penjelasan mengenai sesuatu aduan/kes di mesyuaratnya. Keputusan Jawatankuasa itu hendaklah dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan Persekutuan/Badan Berkanun Persekutuan/Pihak Berkuasa Tempatan/ Agensi berkenaan. Biro Pengaduan Awam adalah bertanggungjawab untuk mengesan dan melaporkan kepada Jawatankuasa mengenai tindakan pembetulan yang telah atau sedang diambil oleh pihak-pihak berkuasa
berkenaan. Dengan ini Biro Pengaduan Awam akan menjadi sebuah pusat tumpuan utama orang awam mengemukakan pengaduan untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan dalam urusan mereka dengan jentera pentadbiran Kerajaan.

 

Tarikh Kuat Kuasa dan Pembatalan

Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
Dengan ini, Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1978 adalah dibatalkan.

PKPA Bil.04/1992 Pekeliling Pengendalian Pengaduan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pihak-pihak yang berkuasa mengenai sistem pengendalian pengaduan awam yang baru dan peranan mereka untuk melaksanakan sistem pengendalian pengaduan awam itu. Pengendalian pengaduan awam yang baru ini adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Pengendalian Pengaduan Awam

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.04/1992 Pekeliling Pengendalian Pengaduan Awam

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment