PKPA Bil.04/1991 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk membantu Ketua-ketua Jabatan bagi melaksanakanĀ  strategi-strategi peningkatan kualiti dalam pengurusan di agensi masing-masing. Panduan Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti di lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Semenjak pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang berteraskan kualiti pada 27 November 1989, Kerajaan telah mengadakan beberapa aktiviti untuk meningkatkan lagi kualiti dalam sektor awam, di antaranya ialah pelancaran Buku Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam pada 25 Jun 1990. Buku ini, di antara lain, memberi penekanan kepada penggunaan Model Proses Peningkatan Kualiti untuk melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti. Agensi-agensi Kerajaan juga dikehendaki menyediakan struktur atau mekanisme yang sesuai bagi mengurus dan mengawasi pelaksanaan program-program kualiti, iaitu pewujudan Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti, Pasukan Petugas Kualiti dan Produktiviti serta Pasukan-pasukan
Kerja dan perlantikan Pegawai-pegawai Penyelaras. Adalah juga menjadi tanggungjawab setiap agensi untuk menggubal dasar kualiti sendiri untuk disebarkan kepada semua anggota agensi itu, memilih satu atau lebih jabatan atau bahagian untuk melaksanakan usaha-usaha pengurusan dan peningkatan kualiti dan menyediakan Buku Panduan Kualiti bagi jabatan-jabatan atau bahagianbahagian yang dipilih.

Bagi memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang telah diperkenalkan setakat ini dan untuk membantu Ketua-ketua Agensi melaksanakan pengurusan berkualiti, Kerajaan telah memperkenalkan tujuh program tambahan untuk dilaksanakan oleh setiap agensi Kerajaan.

Panduan Tentang Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti

Panduan ini menggariskan tujuh program peningkatan kualiti yang boleh dilaksanakan. Program-program tersebut ialah:
Program 1 – Sistem Cadangan Q
Program 2 – Sistem Proses Q
Program 3 – Sistem Pemeriksaan Q
Program 4 – Slogan Q
Program 5 – Hari Q
Program 6 – Sistem Maklumbalas Q
Program 7 – Sistem Maklumat Q

Melalui program-program ini, adalah diharapkan bahawa kualiti perkhidmatan/ keluaran agensi-agensi Kerajaan dan perkhidmatan awam secara keseluruhan akan dipertingkatkan lagi.

 

PKPA Bil.04/1991 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk membantu Ketua-ketua Jabatan bagi melaksanakanĀ  strategi-strategi peningkatan kualiti dalam pengurusan di agensi masing-masing. Panduan Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti di lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.04/1991 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment