PKPA Bil.03/1992 Pekeliling Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM)

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Sistem Perakaunan  Mikro (SPM) dikeluarkan

Pekeliling ini mengandungi garis panduan bagi membantu Ketua-ketua Jabatan melaksanakan Sistem Perakaunan Mikro (SPM) yang bertujuan untuk menentukan kos output jabatan.

Latar Belakang

Kerajaan telah mengadakan beberapa usaha untuk meningkatkan lagi produktiviti dalam sektor awam. Prestasi usaha-usaha peningkatan produktiviti ini perlu diukur melalui beberapa unsur, yang antaranya melibatkan penentuan kos output. Bagi Kementerian/Jabatan yang melaksanakan Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai (MBS),
maklumat mengenai kos perlu disediakan di bawah perjanjian-perjanjian program.

SPM ialah perakaunan secara terperinci. Penekanan SPM dalam Kerajaan adalah kepada pengkosan output di peringkat jabatan. SPM akan dapat membantu pihak pengurusan membuat perbandingan antara kos yang dirancang dan kos sebenar dan mengetahui arah aliran perubahan kos output. Di samping itu, SPM juga akan membantu
ke arah mewujudkan kesedaran kos di kalangan pengurus-pengurus sektor awam.

SPM merupakan satu langkah untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan sistem perakaunan pengurusan di peringkat jabatan. Pelaksanaan SPM akan menyumbang kepada melengkapkan lagi proses perancangan strategik dan penggunaan sumber-sumber secara optimum. Secara amnya, SPM akan membantu ke arah meningkatkan lagi
akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam.

Garis Panduan SPM

Garis panduan SPM yang dikeluarkan ini memperkenalkan konsep SPM, menggariskan keperluan-keperluan asas untuk melaksanakan SPM, model SPM, strategi dan kaedah pelaksanaannya.

Pelaksanaan

Sistem Perakaunan Mikro akan dilaksanakan di semua Kementerian/Jabatan secara berperingkat-peringkat. Latihan-latihan yang perlu bagi pelaksanaan SPM akan disediakan oleh pihak INTAN dengan kerjasama dan bantuan MAMPU, Jabatan Akauntan Negara dan Unit Sistem Pengurusan Kewangan, Perbendaharaan Malaysia.

Pegawai-pegawai Pengawal atau pegawai-pegawai berkenaan yang memerlukan maklumat lanjut dalam pelaksanaan Pekeliling ini bagi agensi masing-masing bolehlah menghubungi Jabatan Akauntan Negara.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

PKPA Bil.03/1992 Pekeliling Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM)

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengandungi garis panduan bagi membantu Ketua-ketua Jabatan melaksanakan Sistem Perakaunan Mikro (SPM) yang bertujuan untuk menentukan kos output jabatan.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM)

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.03/1992 Pekeliling Garis Panduan Sistem Perakaunan Mikro (SPM)

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!