PKPA Bil.02/1992 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Dan Penyediaan Projek Pembangunan

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Perancangan Dan Penyediaan Projek Pembangunan dikeluarkan

Pekeliling ini adalah untuk memberi satu garis panduan mengenai perancangan dan penyediaan projek pembangunan yang boleh digunakan dalam penyediaan kertas projek bagi dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan. Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek Pembangunan adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Pembangunan negara kita telah dilaksanakan melalui rancangan-rancangan lima tahun dan pada masa ini negara adalah di dalam Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995). Walau bagaimanapun, setakat ini tidak terdapat satu pekeliling khas mengenai garis panduan untuk dijadikan sebagai contoh kepada pegawai-pegawai Kerajaan di dalam
menjalankan kerja-kerja pembangunan dan pengurusan projek. Berasaskan kedudukan ini, Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek Pembangunan akan dapat memberi panduan dalam proses perancangan dan pengurusan projek supaya perancangan yang menyeluruh dan teratur dapat dibuat.

Penggunaan Garis Panduan

Garis Panduan ini memberi kaedah-kaedah dan teknik-teknik bagi membantu pegawai Kerajaan di dalam penyediaan projek-projek pembangunan. Dengan adanya Pekeliling ini, Kerajaan berharap bahawa masalah di dalam perancangan dan pengurusan projek seperti ketidakcapaian (shortfall) di dalam perbelanjaan pembangunan dapat dikurangkan.

Semua pegawai Kerajaan dengan ini dikehendaki mengambil perhatian bahawa semua permohonan baru hagi projek-projek pembangunan hendaklah berpandukan kepada Garis Panduan ini.

Pekeliling ini hendaklah digunakan dengan merujuk kepada lain-lain pekeliling Seperti Pekeliling Am mengenai penyediaan rancangan lima tahun Malaysia dan Pekeliling Perbendaharaan mengenai garis panduan bagi penyediaan cadangan perbelanjaan tahunan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Panduan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

PKPA Bil.02/1992 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Dan Penyediaan Projek Pembangunan

Secara ringkasnya, pekeliling ini adalah untuk memberi satu garis panduan mengenai perancangan dan penyediaan projek pembangunan yang boleh digunakan dalam penyediaan kertas projek bagi dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan. Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek Pembangunan adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Perancangan Dan Penyediaan Projek Pembangunan

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.02/1992 Pekeliling Garis Panduan Perancangan Dan Penyediaan Projek Pembangunan

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment