PKPA Bil.01/2006 Pekeliling Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada agensi-agensi Kerajaan mengenai pelaksanaan program Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA). Pekeliling ini adalah untuk menggantikan Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1991. Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) di bawah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2006 adalah seperti
di Lampiran.

Latar Belakang

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1991 bertajuk “Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam” telah diperkenalkan pada tahun 1991. Tujuan pekeliling ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu, kumpulan dan agensi yang berjaya melaksanakan inovasi di agensi masing-masing.

Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan terhadap tadbir urus memerlukan pekeliling ini dikaji semula agar ia terus kekal relevan. Justeru, Kerajaan telah mengkaji semula program Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Awam dan seterusnya memperkenalkan satu pekeliling baru iaitu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) untuk
menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1991.

Penggunaan Garis Panduan

Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) yang dilampirkan bersama pekeliling ini menerangkan perkara-perkara berikut:
a. Definisi Inovasi;
b. Objektif Anugerah;
c. Hadiah;
d. Syarat-syarat Penyertaan;                                                                                                                                                               e. Kriteria Penilaian Anugerah;
f. Pembahagian Markah;
g. Proses Penilaian; dan
h. Tatacara Permohonan.

Pemakaian

Semua agensi Kerajaan adalah dikehendaki mengguna pekeliling ini sebagai panduan dan rujukan untuk tujuan penyertaan dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA).

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1991 bertajuk “Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam” bertarikh 1 April 1991 adalah dibatalkan.

PKPA Bil.01/2006 Pekeliling Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada agensi-agensi Kerajaan mengenai pelaksanaan program Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA). Pekeliling ini adalah untuk menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1991.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download :PKPA Bil.01/2006 Pekeliling Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment