PKPA Bil.01/2005 Pekeliling Panduan Bagi Mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Di Agensi Kerajaan

Tujuan Pekeliling Panduan Bagi Mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Di Agensi Kerajaan dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan kepada agensi Kerajaan bagi mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di agensi masingmasing. Panduan bagi mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di agensi kerajaan adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Dalam tahun 1991, Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 1991: Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon dan PKPA Bilangan 10 Tahun 1991:
Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter. PKPA tersebut dikeluarkan sebagai satu langkah untuk memastikan perkhidmatan telefon dan kaunter yang diberikan oleh agensi Kerajaan adalah berkualiti dan memuaskan hati pelanggan.

Selaras dengan kemajuan ekonomi negara dan peningkatan tahap pendidikan serta pengetahuan rakyat, harapan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi Kerajaan juga meningkat. Justeru itu, usaha
penambahbaikan perlu dilaksanakan secara berterusan dan salah satu cara adalah dengan mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di agensi Kerajaan, bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Panduan Bagi Mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Di Agensi Kerajaan

Panduan bagi mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di agensi kerajaan yang terkandung dalam Pekeliling ini mengandungi penerangan mengenai konsep dan keperluan-keperluan yang perlu disediakan bagi membolehkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan beroperasi.

 

 

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tarikh Kuat Kuasa

Panduan ini hendaklah diguna pakai mulai tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

PKPA Bil.01/2005 Pekeliling Panduan Bagi Mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Di Agensi Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan kepada agensi Kerajaan bagi mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di agensi masingmasing. Panduan bagi mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di agensi kerajaan adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Panduan Bagi Mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Di Agensi Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/2005 Pekeliling Panduan Bagi Mewujudkan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Di Agensi Kerajaan

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!