PKPA Bil.01/2003 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan

Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan Internet dan mel elektronik di agensi-agensi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Kerajaan.

Latar Belakang

Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan dalam proses komunikasi di kalangan anggota-anggotanya dan juga di antara agensi Kerajaan dengan swasta dan orang ramai. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka peluang kepada komunikasi yang lebih cepat dan mudah. Salah satu kaedah komunikasi yang semakin luas penggunaannya dalam sektor awam ialah Internet dan mel elektronik (e-mel). Selain daripada memudah dan mempercepatkan komunikasi, kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan kertas dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

Namun begitu, penggunaan Internet dan e-mel yang sistematik, cekap dan pantas ini jika tidak diuruskan dengan baik boleh menjejaskan keselamatan terhadap data, dokumen atau sebarang maklumat melalui penghantaran media elektronik. Dengan itu, kawalan yang teratur dan perlindungan keselamatan ICT yang bersesuaian perlu diwujudkan supaya penggunaan Internet dan e-mel bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan berkomunikasi, tetapi juga dapat menjamin keselamatan maklumat yang dihantar dan diterima.

Tatacara Penggunaan

Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan ini dirumus bagi memenuhi keperluan penggunaan, langkah-langkah perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan Internet dan e-mel yang terkawal dan perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat diwujudkan. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat seperti pencerobohan, kecurian dan pengubahsuaian data.

Tanggungjawab Agensi

Semua agensi Kerajaan adalah dikehendaki untuk mengambil perhatian kepada Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan seperti yang dilampirkan kepada Pekeliling ini. Bagi maksud ini, semua Ketua Jabatan adalah diminta melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan dan mengambil tindakan-tindakan berikut:

(a) memastikan seorang pentadbir sistem ICT dilantik dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan-tindakan sebagaimana yang ditetapkan di dalam tatacara ini;
(b) mengenal pasti pengurusan dan kawalan keselamatan ICT yang perlu diberi perhatian semasa penggunaan Internet dan e-mel, bergantung kepada tahap sensitiviti maklumat; dan
(c) memastikan program-program kesedaran keselamatan ICT diberikan kepada semua pengguna agar penggunaan Internet dan e-mel dapat dilaksanakan dengan cara yang betul dan selamat.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PKPA Bil.01/2003 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan Internet dan mel elektronik di agensi-agensi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Kerajaan.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaanu

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/2003 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!