PKPA Bil.01/2002 Pekeliling Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi satu garis panduan kepada Ketua-ketua Jabatan mengenai kaedah dan tindakan bagi melaksanakan semakan semula prosedur dan proses kerja di agensi masing-masing. Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja Di agensi Kerajaan adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Jemaah Menteri sering memberi teguran mengenai keperluan agensi-agensi Kerajaan menyemak semula prosedur dan proses kerja yang diamalkan. Ini adalah bertujuan mempermudahkan orang ramai berurusan dengan agensi-agensi Kerajaan. Beberapa usaha sebelum ini telah pun dilaksanakan yang menjurus kepada tujuan ini, seperti penyediaan manual prosedur kerja dan fail meja, pelaksanaan MS ISO 9000 dan penandaarasan. Salah satu usaha lagi untuk memperbaiki sistem dan prosedur kerja diagensi-agensi Kerajaan adalah kaedah menyemak semula sistem dan prosedur di agensiagensi Kerajaan dengan lebih sistematik.

Penggunaan Garis Panduan

Cara semakan semula prosedur dan proses kerja di agensi Kerajaan yang diterangkan dalam garis panduan yang dilampirkan antara lainnya meliputi :-
a. Kaedah semakan semula proses kerja yang boleh digunakan;
b. Peringkat-peringkat pelaksanaannya; dan
c. Cadangan–cadangan penambahbaikan.

Ketua-ketua Jabatan hendaklah memantau hasil semakan semula yang telah dijalankan dengan tujuan untuk melaksanakan secara berterusan penambahbaikan ke atas prosedur dan proses kerja yang diamalkan di agensi masing-masing

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan.

PKPA Bil.01/2002 Pekeliling Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memberi satu garis panduan kepada Ketua-ketua Jabatan mengenai kaedah dan tindakan bagi melaksanakan semakan semula prosedur dan proses kerja di agensi masing-masing. Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja Di agensi Kerajaan adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/2002 Pekeliling Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment