PKPA Bil.01/2001 Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang di peringkat pentadbiran daerah.

Latar Belakang

Pihak Kerajaan memberi perhatian serius kepada usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Ini ada1ah kerana pelanggaran undang-undang yang tidak dikawal boleh mengakibatkan kehilangan hasil dan menjejaskan kredibiliti Kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang yang telab
digubal. Oleh itu langkah-Iangkah perlu dipergiatkan oleh semua agensi penguatkuasa supaya pelanggaran undang-undang dapat dikurangkan atau dibendung.

Penyelesaian masalah penguatkuasaan undang-undang adalah lebih berkesan jika boleh ditangani di peringkat akar umbi atau di peringkat bawah sebelum masalah ini merebak menjadi masalah nasional. Bagi menjaga kesejahteraan daerah, usaha penguatkuasaan undang-undang ini juga memerlukan penglibatan daripada berbagai kumpulan iaitu dari orang awam, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Penghulu dan juga badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di peringkat daerah untuk menyampaikan maklumat. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang yang dicadangkan ini adalah wajar diterajui oleh Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbir bagi daerah berkenaan.

Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang

Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-undang (SPPU) ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme yang bersepadu bagi menangani masalah-masalah penguatkuasaan undang-undang di peringkat pentadbiran daerah. Di antara ciri-ciri utama SPPU ini adalah:

(a) Mengenal pasti sebuah jawatankuasa yang sesuai sama ada dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa baru ataupun menggunakan jawatankuasa yang sedia ada untuk memantau penguatkuasaan undang-undang;
(b) Mesyuarat jawatankuasa berkenaan hendaklah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan keahliannya terdiri daripada semua agensi penguatkuasaan di peringkat daerah; dan
(c) Bermesyuarat sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali untuk agensi-agensi penguatkuasaan melaporkan kepada Pegawai Daerah mengenai pelanggaran undang-undang di daerah berkenaan untuk diselaraskan usaha yang
memerlukan tindakan bersepadu. Seterusnya Pegawai Daerah akan melaporkan ke peringkat jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah.

Adalah diharapkan bahawa menerusi pelaksanaan SPPU ini, maklumat mengenai pelanggaran undang-undang yang terkumpul dapat menjadi input kepada Pegawai Daerah dalam perancangan untuk pembangunan sosio-ekonomi yang lebih seimbang. Di samping itu, maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk perancangan dalam mengambil langkah-langkah pro aktif untuk menangani masalah pelanggaran undang-undang.

Panduan terperinci mengenai SPPU ini adalah seperti dijelaskan dalam ‘Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-undang (SPPU) Di Peringkat Pentadbiran Daerah’ yang disertakan di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

 

PKPA Bil.01/2001 Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang di peringkat pentadbiran daerah.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Pelaksanaan Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/2001 Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Pemantauan Penguatkuasaan Undang-Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!