PKPA Bil.01/1999 Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan menyediakan panduan kepada Ketua-ketua Jabatan mengenai pelaksanaan penandaarasan dalam Perkhidmatan Awam.

Latar Belakang

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program peningkatan kualiti untuk dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan. Program-program tersebut termasuklah Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Piagam Pelanggan, pelaksanaan inovasi dalam Perkhidmatan Awam, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, peningkatan kualiti perkhidmatan kaunter, pemberian anugerah-anugerah kualiti dan MS ISO 9000. Pelaksanaan program-program ini telah menjadi asas yang kukuh bagi agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai. Dengan program-program ini, keupayaan agensi-agensi Kerajaan dalam pengurusan kualiti telah berjaya ditingkatkan.

Walaupun pelbagai program peningkatan kualiti telah diperkenalkan, namun usaha-usaha sedemikian tidak ada garis penamatnya. Usaha peningkatan kualiti haruslah dilaksanakan secara berterusan dan diubahsuai mengikut perubahan dalam persekitaran. Dengan itu pelaksanaan penandaarasan dalam Perkhidmatan Awam adalah merupakan kesinambungan terhadap usaha-usaha peningkatan kualiti yang sedia ada.

Pelaksanaan penandaarasan mendatangkan banyak faedah kepada organisasi dan pelanggannya.
Di antaranya:
(a) Meningkatkan produktiviti dan kualiti melalui pembaharuan dan penambahbaikan ke ataspelaksanaan sesuatu proses kerja;
(b) Meningkatkan prestasi jabatan;
(c) Merapatkan jurang prestasi di antara sesebuah jabatan dengan jabatan lain yang mempunyai prestasi yang lebih tinggi;
(d) Mewujudkan semangat berpasukan;
(e) Membolehkan perkongsian maklumat; dan
(f) Mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa, meningkatkan output dan meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan.

Penyediaan “Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam” adalah sesuai dijadikan rujukan oleh Ketua-ketua Jabatan dalam merancang dan menggerakkan pelaksanaan penandaarasan. Panduan ini menjelaskan tentang konsep penandaarasan dan cara pelaksanaannya. Ketua-ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan penandaarasan dan kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada inisiatif
jabatan sendiri sebagai proses penambahbaikan secara berterusan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.

 

PKPA Bil.01/1999 Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan menyediakan panduan kepada Ketua-ketua Jabatan mengenai pelaksanaan penandaarasan dalam Perkhidmatan Awam.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/1999 Pekeliling Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!