PKPA Bil.01/1997 Pekeliling Panduan Mengenai Penubuhan Infrastruktur Kebangsaan Bagi Sistem Maklumat Tanah / National Infrastructure For Land Information System (NaLIS)

Tujuan Pekeliling Panduan Mengenai Penubuhan Infrastruktur Kebangsaan Bagi Sistem Maklumat Tanah / National Infrastructure For Land Information System (NaLIS)dikeluarkan

Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memberi panduan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-penguasa Tempatan berhubung dengan penubuhan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah/National Infrastructure for Land Information System (NaLIS).

Latar Belakang

Maklumat tanah adalah penting untuk pembangunan tanah, penggunaan sumber alam dan penjagaan alam sekitar. Negara kita Malaysia membangun dengan pesatnya. Kejayaan Malaysia melaksanakan projek-projek pembangunan, disamping membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang tinggi, juga membawa kepada tekanan ke atas tanah. Bagi
mempastikan pembangunan yang telah dicapai dapat diteruskan dan dipertahankan, maka adalah perlu untuk menubuhkan satu Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah/National Infrastructure for Land Information System (NaLIS) bagi membantu perancangan pembangunan tanah, penggunaan sumber alam dan penjagaan alam sekitar.

Dalam usaha mempertingkatkan urusan-urusan tanah, beberapa Agensi Berkaitan Tanah (ABT) Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-penguasa Tempatan telah menubuhkan sistem-sistem berkomputer. Diantara ABT yang telah menubuhkan sistem berkomputer berkaitan dengan tanah adalah:
Ø Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Ø Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sarawak.
Ø Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.
Ø Jabatan-jabatan Tanah dan Galian Semenanjung Malaysia.
Ø Jabatan-jabatan Penguasa Tempatan
Ø Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia.                                                                                                              Ø Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia.
Ø Jabatan Kerja Raya Semenanjung Malaysia.
Ø Jabatan Pengairan dan Saliran Semenanjung Malaysia.
Ø Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysiak.
Ø Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Ø Jabatan Perhutanan Sabah.
Ø Jabatan Perangkaan Semenanjung Malaysia.

Sistem-sistem yang telah diwujudkan mengandungi maklumat-maklumat yang berguna kepada pengguna – pengguna maklumat tanah dengan prosidur-prosidur yang teratur bagi menyediakan maklumat tanah yang terkemaskini. Ianya merupakan mekanisma yang terbaik untuk membekalkan maklumat tanah terkini kepada agensi-agensi lain yang memerlukannya yang mana adalah kritikal untuk tujuan-tujuan perancangan dan
pembangunan tanah. Namun demikian, pada masa ini sistem-sistem tersebut wujud sebagai sistem – sistem yang bersendirian. Bagi membolehkan ABT Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Penguasa – penguasa Tempatan mendapatkan maklumat secara terus (on-line), maka NaLIS adalah ditubuhkan supaya ABT Kerajaan boleh berkongsi maklumat tanah diantara satu sama yang lain. Dengan cara ini perbelanjaan bagi menyediakan maklumat tanah yang diperlukan oleh ABT Kerajaan dapat dijimatkan. Dengan adanya NaLIS, ABT Kerajaan boleh
mendapatkan maklumat tanah secara terus (on-line) daripada ABT yang telah pun ada menyimpan maklumat-maklumat tanah yang diperlukan dengan kepastian maklumat adalah maklumat yang terkini.

Definisi

NaLIS bermakna teknologi, polisi, piawaian dan tenaga manusia yang diperlukan bagi memperolehi, memproses, menyimpan, mengedar dan mempertingkatkan penggunaan maklumat tanah.

Maklumat tanah bermakna maklumat yang menentukan lokasi dan ciri-ciri alam semula jadi atau buatan manusia di atas muka bumi. Maklumat ini boleh didapati menerusi, diantara lain teknologi – teknologi, “remote sensing”, pemetaan dan ukur tanah. Maklumat statistikal juga boleh dimasukkan dalam definasi ini.

NaLIS Clearinghouse bermakna rangkaian teragih pengeluar-pengeluar, pengurus-pengurus dan pengguna- pengguna maklumat tanah yang dihubungkan secara elektronik.

Agensi Berkaitan Tanah (ABT) bermakna agensi-agensi yang berurusan dengan tanah dan/atau menggunakan maklumat-maklumat tanah dalam urusan-urusannya.

Penyelarasan Pembangunan NaLIS

Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia yang telah memulakan usaha-usaha pembangunan Sistem Maklumat Tanah adalah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan kerja-kerja pembangunan NaLIS. Bagi tujuan menyelaras kerja-kerja pembangunan NaLIS yang melibatkan beberapa agensi, satu Jawatankuasa Penyelaras NaLIS (JPN) adalah ditubuhkan dengan keanggotaan seperti berikut: Jawatankuasa Penyelaras NaLIS (JPN)

Pengerusi:
Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
Ahli-ahli:
Ø Wakil Unit Perancang Ekonomi
Ø Wakil Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia
Ø Wakil Perbendaharaan
Ø Wakil Institut Sistem Mikro Elektronik Malaysia
Ø Wakil Jawatankuasa Pemetaan Negara
Ø Wakil Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
Ø Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan
Ø Wakil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Ø Wakil Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Ø Wakil Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Ø Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Ø Wakil Jabatan Penyiasatan Kajibumi
Ø Wakil Jabatan Kerja Raya
Ø Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran
Ø Wakil Jabatan Pertanian
Ø Wakil Jabatan Haiwan
Ø Wakil Jabatan Perhutanan
Ø Wakil Jabatan Perangkaan
Ø Wakil Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Ø Wakil Jabatan Alam Sekitar
Ø Wakil Pusat Remote Sensing Negara
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang                                                                                                                   Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Ø Wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Urusetia:
Jabatan Ukur dan Pemetaan,
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

JPN dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan semua kerja-kerja yang terlibat bagi membangunkan NaLIS.

Agensi-agensi lain yang ada berkaitan dengan tanah boleh juga dijemput untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat JPN.

Semua Ahli-ahli JPN hendaklah terdiri dari anggota yang boleh membuat keputusan bagi pihak Agensi-agensi masing-masing.

Pembangunan NaLIS Clearinghouse

Penubuhan NaLIS Clearinghouse. JPN, dengan kerjasama ABT, hendaklah mewujudkan satu Clearinghouse Maklumat Tanah Kebangsaan Elektronik yang boleh digunapakai oleh semua ABT Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-penguasa Tempatan.

Piawaian Dokumentasi Data. Semua ABT hendaklah mendokumenkan maklumat-maklumat tanah dengan menggunakan piawaian yang disediakan oleh JPN.

Capaian Maklumat Tanah. Semua ABT hendaklah mengadakan rancangan bagi menyediakan maklumat-maklumat tanah yang boleh dicapai secara “on-line” dengan merundingkannya dengan JPN.

Penggunaan Clearinghouse NaLIS. Semua ABT hendaklah menggunakan Clearinghouse NaLIS apabila hendak membuat kerja – kerja pengutipan maklumat tanah bagi memastikan hanya maklumat – maklumat yang belum lagi disediakan oleh agensi-agensi lain sahaja yang perlu dikutip.

Pembiayaan Pembangunan NaLIS. Kerajaan Persekutuan akan menyediakan pembiayaan yang diperlukan bagi pembangunan NaLIS, pembangunan piawaian maklumat tanah dan operasi NaLIS Clearinghouse sahaja. ABT akan terus mengadakan pembiayaan bagi penyediaan dan pengeluaran maklumat tanah dalam media elektronik berkaitan dengan bidangkuasa masing-masing.

Penyelarasan Di Peringkat Negeri

Bagi menyelaras aktiviti-aktiviti NaLIS di peringkat Negeri, satu Jawatankuasa Penyelaras NaLIS Negeri (JPNN) adalah ditubuhkan dengan keanggotaan seperti berikut:-
Pengerusi:
Setiausaha Kerajaan Negeri

Ahli-ahli:
Ø Wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri
Ø Wakil Pejabat Kewangan Negeri
Ø Wakil Pusat Komputer/Maklumat Negeri
Ø Wakil Pejabat-pejabat Tanah
Ø Wakil Pejabat-pejabat Penguasa Tempatan
Ø Wakil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Ø Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan
Ø Lain-lain jabatan pembekal/pengguna maklumat tanah

Urusetia:
Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

JPNN dengan kerjasama ABT-ABT di peringkat Negeri hendaklah menentukan polisi-polisi dan piawaian-piawaian bagi memperolehi, memproses, menyimpan, mengedar dan mempertingkatkan penggunaan maklumat tanah yang di gubal oleh JPN dipatuhi dan digunapakai oleh ABT-ABT diperingkat Negeri.

Agensi-agensi lain yang berkaitan dengan tanah boleh juga dijemput untuk manghadiri mesyuarat-mesyuarat JPNN.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Panduan ini hendaklah digunakan mulai daripada tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

PKPA Bil.01/1997 Pekeliling Panduan Mengenai Penubuhan Infrastruktur Kebangsaan Bagi Sistem Maklumat Tanah / National Infrastructure For Land Information System (NaLIS)

Secara ringkasnya, pekeliling ini adalah untuk memberi panduan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-penguasa Tempatan berhubung dengan penubuhan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah/National Infrastructure for Land Information System (NaLIS).

Nama Pekeliling : Panduan Mengenai Penubuhan Infrastruktur Kebangsaan Bagi Sistem Maklumat Tanah / National Infrastructure For Land Information System (NaLIS)

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/1997 Pekeliling Panduan Mengenai Penubuhan Infrastruktur Kebangsaan Bagi Sistem Maklumat Tanah / National Infrastructure For Land Information System (NaLIS)

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!