PKPA Bil.01/1992 Pekeliling Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan memberikan penerangan dan panduan kepada ketua Jabatan tentang konsep pengurusan kualiti menyeluruh dalam perkhidmatan awam. Sebuah panduan yang bertajuk “Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam” dikepilkan sebagai lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Pihak Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam yang berkualiti akan mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap, di samping dapat memberikan perkhidmatanperkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Dalam usaha ini pihak Kerajaan telah mengambil berbagai langkah seperti menganjurkan latihan tentang pengurusan kualiti, mengadakan seminar dan bengkel serta menerbitkan buku-buku panduan.

Penyediaan panduan “Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam” ini adalah satu lagi usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi memantapkan lagi pengurusan kualiti dalam perkhidmatan awam. Panduan ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh Ketua-ketua Jabatan dalam merancang dan menggerakkan proses
peningkatan kualiti di jabatan masing-masing. Panduan ini menggariskan beberapa prinsip pengurusan yang penting yang perlu di jadikan amalan oleh Ketua-ketua Jabatan supaya gerakan kualiti di jabatan mereka terus berkembang dan berjalan secara berterusan. Di samping itu pelaksanaan prinsip ini juga akan dapat mewujudkan satu persekitaran organisasi yang cukup baik bagi penghayatan budaya cemerlang, yang sememangnya menjadi matlamat jabatan- jabatan Kerajaan.

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam ini menerangkan dua aspek utama berkaitan dengan TQM. Aspek-aspek ini ialah
a. Konsep TQM; dan
b. Prinsip-prinsip Yang Menyokong TQM.
Prinsip 1 – Sokongan Pengurusan Atasan
Prinsip 2 – Perancangan Strategik Kualiti
Prinsip 3 – Mengutamakan Pelanggan
Prinsip 4 – Latihan dan Pengiktirafan
Prinsip 5 – Semangat Berpasukan
Prinsip 6 – Pengukuran Prestasi
Prinsip 7 – Kepastian Kualiti

 

Tarikh Kuat Kuasa

Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

PKPA Bil.01/1992 Pekeliling Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberikan penerangan dan panduan kepada ketua Jabatan tentang konsep pengurusan kualiti menyeluruh dalam perkhidmatan awam. Sebuah panduan yang bertajuk “Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam” dikepilkan sebagai lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/1992 Pekeliling Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment