PKPA Bil.01/1991 Pekeliling Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon

Tujuan Pekeliling Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon dikeluarkan

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menyampaikan panduan bagi membantu agensi-agensi Kerajaan dalam mengusahakan peningkatan kualiti perkhidmatan telefon di agensi masing-masing. Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Perkhidmatan telefon adalah merupakan salah satu perkhidmatan barisan hadapan yang terpenting. Imej sesuatu organisasi sering dipengaruhi oleh kualiti perkhidmatan telefon yang diberikan. Ketidakcekapan dalam perkhidmatan boleh menimbulkan masalah seperti maklumat yang disampaikan tidak tepat, lewat dan tidak jelas. Dalam suasana seperti ini sesebuah agensi itu bukan sahaja akan mendapati sukar untuk memenuhi kehendak pelanggan malah akan menghadapi berbagai halangan dalam melaksanakan berbagai fungsi yang ada padanya.

Panduan ini adalah disediakan sebagai satu langkah perkhidmatan awam untuk memastikan bahawa masyarakat adalah sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti, khususnya ketika berurusan melalui telefon dengan agensi-agensi Kerajaan.

Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon

Di samping layanan urusan telefon yang berkualiti, panduan ini juga adalah menekankan tindakan-tindakan yang memerlukan perhatian daripada pihak pengurusan agensi. Antara tindakan yang perlu diutamakan ialah memberikan latihan kepada staf yang terlibat serta mendapatkan alat-alat telefon yang baik. Melalui tindakan-tindakan ini, adalah diharapkan bahawa tahap kefahaman di kalangan staf akan dapat ditingkatkan dan
prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang yang menjadi asas panduan ini mudah untuk diterapkan supaya menjadi sebagai sebahagian daripada budaya kerja mereka.

Tarikh Kegunaan

Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

PKPA Bil.01/1991 Pekeliling Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menyampaikan panduan bagi membantu agensi-agensi Kerajaan dalam mengusahakan peningkatan kualiti perkhidmatan telefon di agensi masing-masing. Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui TelefonMemandu

Format Fail : PDF

Download : PKPA Bil.01/1991 Pekeliling Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment