PKP Bil.11/2013 Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka

Tujuan Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka

Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai Kontrak Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) Bagi Perolehan Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka [Open Source Competency Center (OSCC)], Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Latar Belakang

Kerajaan telah bersetuju supaya perolehan Perkhidmatan Produk OSCC diuruskan melalui Kontrak Panel. Agensi Kerajaan hendaklah memperoleh Perkhidmatan Produk OSCC hanya di kalangan panel pembekal yang dilantik.

Kriteria pelantikan panel pembekal adalah seperti berikut:

i. Mempunyai sijil perkhidmatan produk OSCC yang sah;
ii. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang Peralatan
/Kelengkapan Komputer dan OSCC e-Market Place;
iii. Sekurang-kurangnya 51% ekuiti tempatan; dan
iv. eP enabled.

Maklumat Produk OSCC

Senarai dan maklumat lanjut berkenaan Produk OSCC boleh didapati di Portal OSCC di pautan berikut:

http://products.oscc.org.my/

Maklumat Syarikat Kontrak Pusat Sistem Panel

Maklumat syarikat panel pembekal bagi Perkhidmatan Produk OSCC adalah seperti di Lampiran A. Agensi hendaklah menyemak dari masa ke semasa senarai syarikat panel pembekal bagi Perkhidmatan Produk OSCC terkini yang dikemaskini di laman web www.treasury.gov.my.

Skop Perkhidmatan dan Kos

Perkhidmatan Produk OSCC oleh syarikat panel pembekal dan kos siling bagi setiap jenis perkhidmatan adalah seperti di Lampiran B.

Tempoh Kontrak

Tempoh Kontrak Panel adalah sehingga 30 April 2015. Selepas tempoh tersebut, Kerajaan berhak untuk mengekalkan atau menggugurkan Perkhidmatan Produk OSCC daripada Kontrak Panel.

Kaedah dan Had Nilai Perolehan

Perolehan Perkhidmatan Produk OSCC hendaklah diuruskan sendiri oleh Agensi di kalangan syarikat panel pembekal yang telah dilantik dengan mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan seperti berikut:-

Kontrak formal hendaklah ditandatangani bagi kontrak yang bernilai melebihi RM50,000 selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1.

Kontrak formal hendaklah diwujudkan walaupun nilai perolehan kurang daripada RM50,000 bagi kontrak bermasa.

Kajian pasaran yang berpatutan hendaklah dibuat di kalangan panel pembekal bagi perolehan secara pembelian terus supaya Agensi mendapat tawaran yang terbaik dan menguntungkan dengan mengambil kira aspek kualiti perkhidmatan dan harga.

Pelaksanaan Perolehan Secara Ebidding

Agensi adalah digalakkan untuk membuat perolehan secara eBidding di kalangan panel pembekal yang dilantik sahaja selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Tanggungjawab Pegawai-pegawai

Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan Agensi di bawah kawalannya mematuhi peraturan perolehan yang ditetapkan dalam menguruskan perolehan ini. Agensi tidak dibenarkan memperoleh daripada punca lain tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.

Hal-hal Lain

Agensi hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:

i. Mengemukakan laporan prestasi syarikat dengan menggunakan borang di Lampiran C kepada MAMPU bagi setiap bekalan/perkhidmatan yang telah diselesaikan untuk tujuan pemantauan;
ii. Perkhidmatan syarikat panel pembekal hendaklah mematuhi Terms of Reference dan Service Level Agreement yang ditetapkan; dan
iii. Syarikat panel pembekal tidak dibenarkan sama sekali mensubkan pembekalan perkhidmatan kepada pihak lain.

Agensi hendaklah memantau dan melaporkan ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan sekiranya mendapati syarikat panel pembekal tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kementerian Kewangan boleh menggugurkan atau menarik balik pelantikan syarikat panel pembekal daripada Kontrak Panel sekiranya gagal mematuhi perkara-perkara yang ditetapkan di perenggan 3, 14(ii) dan 14(iii).

Agensi hendaklah mengemukakan aduan secara rasmi mengenai prestasi syarikat panel pembekal yang kurang memuaskan selaras dengan Lampiran 3 kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2010 ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dan disalin kepada Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU seperti alamat berikut:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Perolehan Kerajaan
(Seksyen Teknologi Maklumat dan Elektronik)
Aras 4, Blok Utara, Kompleks Kementerian Kewangan
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA
No. Faks: 03-8882 4293

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Dasar dan Perancangan ICT
(Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam)
Aras 2, Blok B MKN-Embassy Techzone,
No, 3200, Jalan Teknokrat 2, Cyberjaya
63000 SELANGOR
No. Faks: 03-8318 4412

Sebarang pertanyaan mengenai PKP ini boleh dirujuk kepada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan di talian telefon 03-8882 3298/3276. Manakala pertanyaan mengenai Perkhidmatan Produk OSCC hendaklah dirujuk ke Bahagian Dasar dan Perancangan ICT (Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam), MAMPU di talian telefon 03-8872 5165.

Kuat Kuasa

PKP ini berkuat kuasa pada tarikh ia ditandatangani dan hendaklah dibaca bersekali dengan Arahan Perbendaharaan serta pekeliling lain berkaitan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.

PKP Bil.11/2013 Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai Kontrak Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) Bagi Perolehan Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka [Open Source Competency Center (OSCC)], Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Nama Pekeliling : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka

Format Fail : PDF

Download : PKP Bil.11/2013 Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka

Oleh : Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysai

Add Comment

error: Content is protected !!