PKP Bil.08/2013 Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Tujuan Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan item makanan kepada semua Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia.

Latar Belakang

Kerajaan telah memutuskan perolehan bagi 13 item makanan diuruskan melalui Kontrak Panel. Agensi Kerajaan hendaklah memperoleh item tersebut di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik sahaja.

Kriteria pelantikan syarikat panel pembekal adalah seperti berikut:-

i. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai pembuat/pengilang/ pengeluar;
ii. Syarikat bertaraf Bumiputera sepanjang tempoh kontrak; dan
iii. Produk yang dikeluarkan hendaklah mematuhi Akta Makanan 1983, mendapat pengiktirafan daripada badan pensijilan yang diiktiraf oleh Kerajaan, mendapat pensijilan Halal daripada mana-mana badan pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mematuhi mana-mana perundangan Malaysia serta garis panduan yang berkaitan.

Maklumat Syarikat Kontrak Pusat Sistem Panel

Senarai item makanan dan maklumat syarikat panel pembekal adalah seperti berikut:

Agensi hendaklah menyemak dari semasa ke semasa senarai syarikat panel pembekal terkini bagi item makanan di laman web www.treasury.gov.my.

Agensi hendaklah memastikan syarikat panel pembekal item makanan mengemukakan laporan seperti di Lampiran B ke Kementerian Kewangan untuk setiap suku tahun sebelum 15 hari bulan berikutnya sebagai memenuhi keperluan Kontrak Panel ini.

Tempoh Kontrak

Tempoh lantikan bagi syarikat panel pembekal item makanan adalah sehingga 31 Disember 2013. Selepas tempoh tersebut, Kerajaan berhak untuk mengekal atau menggugurkan item makanan daripada Kontrak Panel.

 

Kaedah dan Had Nilai Perolehan

Perolehan bagi item makanan hendaklah diuruskan sendiri oleh Agensi di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik mengikut tatacara yang ditetapkan seperti berikut:

Kontrak formal hendaklah ditandatangani bagi kontrak yang bernilai melebihi RM50,000.00 selaras dengan Arahan Perbendaharaan 176.1. Bagi kontrak bermasa, kontrak formal hendaklah diwujudkan walaupun nilai perolehan kurang daripada RM50,000.00.

Bagi memudahkan urusan perolehan terutamanya di kawasan luar bandar, Agensi dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara pembelian terus dengan mana-mana pembekal Bumiputera/bukan Bumiputera atau kedai runcit di kawasan/daerah yang berkenaan tertakluk kepada jenis item dan had nilai perolehan setahun seperti berikut:

Kajian pasaran yang berpatutan hendaklah dibuat di kalangan panel bagi nilai perolehan sehingga RM50,000.00 supaya Agensi mendapat tawaran yang paling munasabah dan menguntungkan dengan mengambil kira aspek kualiti dan harga.

Pelaksanaan Perolehan Secara eBIDDING

Agensi adalah digalakkan untuk membuat perolehan secara eBidding di kalangan syarikat panel pembekal selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Spesifikasi dan Syarat Kontrak

Agensi hendaklah menetapkan spesifikasi item, cara pembungkusan, tempoh kontrak dan tempat penghantaran bagi item makanan mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, tempoh kontrak yang ditetapkan hendaklah tidak melebihi 31 Disember 2013.

Tanggungjawan Pegawai Pengawal

Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan Agensi di bawah kawalannya mematuhi peraturan perolehan yang ditetapkan dalam menguruskan perolehan bagi item makanan. Agensi tidak dibenarkan memperolehi daripada punca lain tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut yang mana berkenaan.

Hal-hal Lain

Agensi hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:

i. Spesifikasi item ditetapkan sebelum pelawaan sebut harga dibuat;
ii. Keluaran syarikat panel pembekal hendaklah memenuhi keperluan spesifikasi dan kualiti; dan
iii. Syarikat panel pembekal tidak mensubkan pembuatan atau pengeluaran item makanan kepada pihak lain.

Agensi hendaklah memantau dan melaporkan ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan sekiranya mendapati syarikat panel pembekal tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kementerian Kewangan boleh menggugurkan atau menarik balik pelantikan syarikat panel pembekal daripada Kontrak Panel sekiranya gagal mematuhi perkara-perkara yang ditetapkan di perenggan 3, 6 dan 15(iii).

Agensi hendaklah mengemukakan aduan secara rasmi mengenai prestasi syarikat Kontrak Panel yang kurang memuaskan selaras dengan Lampiran 3 kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2010 ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan seperti alamat berikut:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Perolehan Kerajaan
(Seksyen Bekalan dan Perkhidmatan)
Aras 3, Blok Utara
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA.

Sebarang pertanyaan mengenai PKP ini boleh dirujuk ke Bahagian Perolean Kerajaan, Kementerian Kewangan di talian telefon 03-8882 4094 / 03-8882 4086/ 03-8882 4669 / 03- 8882 4417.

Kuat Kuasa

PKP ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ia ditandatangani sehingga 31 Disember 2013. Dengan berkuat kuasanya PKP ini, PKP Bil 5 Tahun 2012 adalah dibatalkan.

PP Bil.01/2013 Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan item makanan kepada semua Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia.

Nama Pekeliling : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.01/2013 Pekeliling Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Oleh : Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia

Add Comment