SPI KPM Bil.06/2017 Pekeliling Penggunaan Pelbagai Ujian Bahasa Inggeris Berdasarkan Piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) Bagi Menentukan Tahap Penguasaan Guru Dan Pensyarah Opsyen Bahasa Inggeris Yang Berkhidmat Di Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2017

Pekeliling Penggunaan Pelbagai Ujian Bahasa Inggeris Berdasarkan Piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) Bagi Menentukan Tahap Penguasaan Guru Dan Pensyarah Opsyen Bahasa Inggeris Yang Berkhidmat Di Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2017

Tujuan Pekeliling Penggunaan Pelbagai Ujian Bahasa Inggeris Berdasarkan Piawaian CEFR Bagi Menentukan Tahap Penguasaan Guru & Pensyarah Opsyen Bahasa Inggeris dikeluarkan

Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan penggunaan pelbagai ujian Bahasa Inggeris berdasarkan piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) sebagai pengiktirafan tahap penguasaan guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris.

Latar Belakang

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 telah menetapkan tahap penguasaan guru opsyen Bahasa Inggeris pada CEFR Band C1. Menjelang tahun 2025, semua guru opsyen Bahasa Inggeris mesti berada pada tahap penguasaan yang telah ditetapkan bagi memacu transformasi pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia secara sistemik, sistematik dan strategik dari peringkat prasekolah hingga ke universiti termasuk institut pendidikan guru (IPG).

The Roadmap 2015-2025, pelan pendidikan Bahasa Inggeris yang rapi dan bersepadu juga menegaskan bahawa guru opsyen Bahasa Inggeris hendaklah berada pada tahap CEFR Band C1 dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris hendaklah berada pada tahap CEFR Band C2 bagi memastikan peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Ujian Cambridge Placement Test (CPT) digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris pada tahun 2012 dan ujian Aptis digunakan mulai tahun 2013 bagi menggantikan ujian tersebut.

Bermula tahun 2017, guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris boleh memilih ujian Bahasa Inggeris yang telah dijajarkan dengan CEFR bagi menguji tahap penguasaan masing-masing. Senarai dan maklumat ujian yang boleh diambil adalah seperti di Lampiran.

Pelaksanaan

Guru dan pensyarah opsyen Bahasa Inggeris perlu:

  1. merujuk ujian-ujian yang telah dijajarkan dengan CEFR dalam laman sesawang KPM dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat tentang ujian-ujian tersebut;
  2. mendapatkan kebenaran ketua jabatan untuk menduduki ujian pada hari dan masa yang ditetapkan dengan merujuk pekeliling yang berkuat kuasa ;
  3. mendaftar dengan service provider ujian mengikut jadual yang telah ditetapkan dan segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri; dan
  4. melaporkan pencapaian ujian Bahasa Inggeris kepada ketua jabatan masing-masing.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat pekeliling Ikhtisas ini berkuatkuasa pada tarikh surat ini dikeluarkan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendididkan daerah (PPD) dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan.

Lampiran

Pekeliling Penggunaan Pelbagai Ujian Bahasa Inggeris Berdasarkan Piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) Bagi Menentukan Tahap Penguasaan Guru Dan Pensyarah Opsyen Bahasa Inggeris Yang Berkhidmat Di Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2017

Pekeliling Penggunaan Pelbagai Ujian Bahasa Inggeris Berdasarkan Piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) Bagi Menentukan Tahap Penguasaan Guru Dan Pensyarah Opsyen Bahasa Inggeris Yang Berkhidmat Di Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2017

SPI KPM Bil.06/2017 Pekeliling Penggunaan Pelbagai Ujian Bahasa Inggeris Berdasarkan Piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) Bagi Menentukan Tahap Penguasaan Guru Dan Pensyarah Opsyen Bahasa Inggeris Yang Berkhidmat Di Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2017

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penggunaan CEFR sebagai satu pengiktirafan penguasaan guru dan pensyarah bagi opsyen bahasa inggeris.

Nama Pekeliling : Penggunaan Pelbagai Ujian Bahasa Inggeris Berdasarkan Piawaian CEFR Bagi Menentukan Tahap Penguasaan Guru dan Pensyarah Opesyen Bahasa Inggeris yang Berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2017. 

Format Fail : PDF

Download : SPI KPM Bil.06/2017 Pekeliling Penggunaan CEFR dalam Pengiktirafan Penguasaan Guru dan Pensyarah Opsyen Bahasa Inggeris

Oleh : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Add Comment