Isi Kandungan Pekeliling
- Tujuan Pekeliling Prosedur Pembayaran Gaji dan Elaun Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang Diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji / Cuti Belajar Tanpa Gaji
- Latar Belakang
- Cadangan Penambahbaikan
- Tafsiran
- Tarikh Kuat Kuasa
- Lampiran
- PB Bil.02/2007 Pekeliling Prosedur Pembayaran Gaji dan Elaun Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang Diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji / Cuti Belajar Tanpa Gaji
Tujuan Pekeliling Prosedur Pembayaran Gaji dan Elaun Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang Diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji / Cuti Belajar Tanpa Gaji
Pekeliling ini bertujuan untuk menyeragamkan prosedur pembayaran gaji dan elaun bagi mengatasi masalah lebihan bayaran gaji di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang diluluskan Cuti
Belajar Separuh Gaji (CBSG) / Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) dan mengisi Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Latar Belakang
CBSG dan CBTG merupakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada PPPLD untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Insitusi Pengajian Tinggi Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
Mengikut amalan pada masa kini, perubahan gaji dan elaun PPPLD yang diluluskan cuti belajar akan dibuat setelah Surat Kelulusan Cuti Belajar dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Bahagian Biasiswa, KPM. Kelewatan mendapatkan kelulusan ini menyebabkan berlakunya lebihan bayaran gaji dan elaun yang kemudiannya menjadi tunggakan hasH kerajaan kerana tidak dapat dikutip mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Cadangan Penambahbaikan
Pembayaran gaji dan elaun dipecahkan kepada 2 peringkat:-
Bagi mengelakkan berlakunya lebihan bayaran gaji, Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui surat rujukan : ANM(OC)07/1 Jld. 2-e(3.9) bertarikh 3 Mei 2006 telah bersetuju gaji dan elaun PPPLD yang diluluskan CBSG 1 CBTG diseparuhkan dalam dua peringkat seperti berikut :-
(i) Peringkat 1 – PPPLD menerima surat tawaran universiti Perubahan ke atas gaji dan elaun atau pemberhentian pembayaran gaji dan elaun dibuat setelah menerima tawaran daripada universiti. Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan iaitu :-
- Surat Tawaran dari universiti
- Borang KPM(LDP)1/2003 (Pindaan 2005)
- Borang Pelepasan
- Kew.8
- Penyata Pengiraan
Pembayaran gaji dan elaun masih menggunakan kod aktiviti asal PPPLD (Contohnya ;- Aktiviti Menengah I Rendah )
(ii) Peringkat 2 – PPPLD menerima surat Kelulusan Cuti Belajar Separuh Gaji I Cuti Belajar Tanpa Gaji
Perubahan ke atas gaji dan elaun atau pemberhentian pembayaran gaji dan elaun dibuat oleh sekolah 1 institusi asal setelah menerima Surat Kelulusan Cuti Belajar (Separuh Gaji 1 Tanpa Gaji). Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan iaitu :-
- Surat Kelulusan CBSG
- Kew.8
- Penyata Pengiraan Uikaada lebihan gaji)
Pembayaran gaji dan elaun dibuat menggunakan Kod Aktiviti Bahagian Biasiswa.
Memindahkan Pembayaran Gaji Dan Elaun Jawatan Latihan Ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Bagi memantapkan pengurusan Jawatan Latihan termasuk pemantauan status pengisian dan prestasi perbelanjaan, semua PPPLD yang diluluskan cuti belajar dicadangkan dipindahkan ke JPN masing-masing setelah mendapat surat
kelulusan cuti belajar dari JPA atau Sahagian Siasiswa. Ini hanya melibatkan PPPLD yang mana Suku Rekod Perkhidmatan mereka disimpan di JPN.
Ini bermakna urusan pembayaran gaji dan elaun PPPLD bagi peringkat 3.1 (ii) akan diuruskan oleh pihak JPN dan semua PPPLD yang terlibat akan di senaraikan di bawah Pusat Tanggungjawab JPN.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan pekeliling ini, sila hubungi pegawai-pegawai berikut :-
(i) Pn. Norazian bt. Salleh
No. Tel. : 03-88847040
E-mail: norazians@bb.moe.gov.my
(ii) Cik Sahida bt Abu Seman
No. Tel. : 03-8884 7588
E-mail: sahida@bb.moe.gov.my
(iii) Cik Nor Azimah bt. Abas
No. Tel. : 03-88847184
E-mail: zimah@bb.moe.gov.my
(iii) Kaunter Sahagian Siasiswa
No. Tel. : 03-8884 7131
Tafsiran
Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan ini:
‘Ketua Jabatan’ bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan, institusi atau agensi dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi kementerian, jabatan, institusi atau agensi untuk bertindak bagi pihaknya; dan
Tarikh Kuat Kuasa
Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 September 2007.
Lampiran
- PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI/ CUTI BELAJAR TANPA GAJI (BERDASARKAN KELULUSAN SEMENTARA)
(BERDASARKAN PERKARA 3.1 DALAM PEKELILING BIASISWA BIL. 2 TAHUN 2007) - BORANG PERMOHONAN KURSUS JANGKA PANJANG DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN - PERMOHONAN PELEPASAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG) / CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG) DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM TEMPATAN ( KURSUS SEPENUH MASA )
- PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI/CUTI BELAJAR TANPA GAJI (BERDASARKAN KELULUSAN MUKTAMAD)
- PANDUAN MENGISI BORANG PERU BAHAN GAJI
- PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI/ CUTI BELAJAR TANPA GAJI (BERDASARKAN KELULUSAN MUKTAMAD)
- BORANG PERMOHONAN KURSUS JANGKA PANJANG DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN - PERMOHONAN PELEPASAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG) / CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG) DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM TEMPATAN ( KURSUS SEPENUH MASA )
- PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI/CUTI BELAJAR TANPA GAJI (BERDASARKAN KELULUSAN MUKTAMAD)
- PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI/ CUTI BELAJAR TANPA GAJI (BERDASARKAN KELULUSAN MUKTAMAD)
- PROSEDUR PEMBAYARAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI/ CUTI BELAJAR TANPA GAJI (BERDASARKAN KELULUSAN SEMENTARA)
(BERDASARKAN PERKARA 3.2 DALAM PEKELILING BIASISWA BIL. 2 TAHUN 2007)
Semua Lampiran ini boleh diperoleh melalui link download yang diberikan di atas.
PB Bil.02/2007 Pekeliling Prosedur Pembayaran Gaji dan Elaun Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang Diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji / Cuti Belajar Tanpa Gaji
Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai prosedur pembayaran gaji dan elaun bagi mengatasi masalah lebihan bayaran gaji di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) / Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) dan mengisi Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nama Pekeliling : Pekeliling Prosedur Pembayaran Gaji dan Elaun Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang Diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji / Cuti Belajar Tanpa Gaji
Format Fail : PDF
Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia