P ICT Bil.01/2016 Pekeliling Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia

Pekeliling Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia

Tujuan Pekeliling Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan tadbir urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya.

Latar Belakang

Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2014: Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diwujudkan oleh KPM bagi menjelaskan tadbir urus ICT selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009: Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan yang teiah dikeluarkan oleh MAMPU.

Dengan pembatalan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009 dan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam pada 11 November 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2014 perlu dipinda.

Peranan dan Struktur Tadbir Urus JPICT

Selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015, KPM perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM, Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) KPM serta memastikan penubuhan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Badan Berkanun di bawah KPM.

Di antara peranan utama jawatankuasa di atas adalah seperti berikut:

a) JPICT KPM:

Menetapkan hala tuju, strategi pelaksanaan ICT dan sumber-sumber ICT serta bertanggungjawab menimbang dan memberi kelulusan teknikal bagi perolehan ICT di KPM dan semua agensi di bawahnya;

b) JTI KPM:

Menilai semua permohonan projek ICT KPM dan semua agensi di bawahnya dan mengesyorkan perakuan teknikal kepada JPICT KPM serta memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT Kementerian dan semua agensi di bawahnya; dan

c) JPICT JPN dan Badan Berkanun:

Menyelaras hala tuju dan strategi pelaksanaan ICT, mengenal pasti dan mencadangkan sumber—sumber ICT, menyelaras, memantau dan menyeragam pelaksanaan program/projek-projek ICT serta mempertimbangkan kelulusan teknikal perolehan ICT di peringkat JPN dan Badan Berkanun masing-masing dengan had nilai yang dibenarkan.

Jawatankuasa Penyelarasan Inisiatif ICT Pengajaran dan Pembelajaran (JKTICT PdP) pula ditubuhkan bagi membuat keputusan berhubung dasar dan strategi inisiatif ICT Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sebelum diangkat ke Mesyuarat JTI KPM dan JPICT KPM. Semua kertas permohonan kelulusan teknikal ICT berkaitan PdP yang akan dibentangkan di Mesyuarat JTI KPM dan JPICT KPM perlu mendapat kelulusan dari JKTICT PdP terlebih dahulu sebelum is dibentangkan di  Mesyuarat JTI KPM dan JPICT KPM.

Struktur baru tadbir urus JPICT di KPM adalah seperti berikut:

Struktur Tadbir Urus JPICT di KPM

Bidang rujukan dan keahlian adalah seperti berikut:

a) JPICT KPM adalah seperti di Lampiran A;
b) JTI KPM adalah seperti di Lampiran B;
c) JPICT JPN di bawah KPM adalah seperti di Lampiran C;
d) JPICT Badan Berkanun di bawah KPM adalah seperti di Lampiran D; dan
e) JKTICT PdP adalah seperti di Lampiran E.

 

Pembatalan

Dengan berkuatkuasa Pekeliling ini, Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2014: Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 10 Februari 2014 adalah dibatalkan.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2016: Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM ini adalah berkuat kuasa bermula dari tarikh ianya dikeluarkan.

Pemakaian

Pekeliling ICT ini dipanjangkan kepada semua Bahagian, Jabatan dan Badan Berkanun di bawah KPM.

P ICT Bil.01/2016 Pekeliling Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan tadbir urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya.

Nama Pekeliling : Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia

Format Fail : PDF

Download : P ICT Bil.01/2016 Pekeliling Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pendidikan Malaysia

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Add Comment