P ICT Bil.01/2014 Pekeliling ICT Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia

PP Bil.01/2017 Pekeliling Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu

Tujuan Pekeliling Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan mengenai tadbir urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya.

Latar Belakang

Pekeliling ICT Bilangan 2 Tahun 2009 Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pelajaran Malaysia telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (lama) bagi menjelaskan lagi tadbir urus ICT dan menyelarasakan permohonan projek ICT di Kementerian dan peringkat agensi masing-masing selaras dengan Surat Pekeliling AM Bilangan 1 Tahun 2009 Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan.

Manakala Kementerian Pengajian Tinggi menggunapakai Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009 Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Selaras dengan penggabungan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi, Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2014 – Tadbir Urus Jawatakuasa Pemandu ICT Kementerian Pendidikan Malaysia JPICT KPM disediakan bagi menggantikan Pekeliling ICT Bilangan 2 Tahun 2009 Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peranan dan Struktur Tadbir Urus JPICT

Di antara peranan JPICT KPM ialah menetapkan hala tuju, strategi pelaksanaan ICT dan sumber-sumber ICT serta bertanggungjawab menimbang dan memberi kelulusan teknikal bagi perolehan ICT di KPM dan semua agensi dibawahnya. Struktur tadbir urus JPICT KPM adalah seperti di Rajah 1 berikut :

rajah 1 struktur tadbir urus jpict kementerian pendidikan malaysia

Terma rujukan, bidang tugas dan keahlian JPICT KPM adalah seperti di Lampiran A. Kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa ini adalah sekurang-kurangnya tiga bulan sekali atau empat kali setahuan iaitu suku tahun pertama, suku tahun kedua, suku tahun ketiga dan suku tahun keempat.

Untuk memantapkan lagi tadbir urus JPICT KPM, 2 jawatankuasa seperti berikut ditubuhkan:

Jawatankuasa Kerja Teknikal ICT JKTICT KPM

  • Jawatankuasa ini betanggungjawab menyelaras hala tunu dan strategi pelaksanaan ICT, mengenal pasti dan mencadangkan sumber-sumber ICT, menyelaras, memantau dan meneragam pelaksanaan program ICT serta memperaku kelulusan teknika perolehan ICT di KPM dan semua Jabatan dan Badan Berkanun di bawahnya. Maklumat lanjut mengenai bidang tugas Jawatankuasa Kerja Teknikal ICT KPM adalah seperti di Lampiran B.

Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Jabatan dan Badan Berkanun di bawha KPM

  • Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyelaras hala tuju dan strategi pelaksanaan ICT, mengenal pasti dan mencadangkan sumber-sumber ICT, menyelaras, memantau dan menyeragam pelaksanaan program serta mempertimbangkan kelulusan teknikal perolehan ICT di peringkat Jabatan dan Badan berakanun masing-masing dnegan had nilai yang dibenarkan. Maklumat lanjut mengenai bidang tugas JPICT Jabatan dan Badan Berkanun di bawah KPM adalah seperti di Lampiran C.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasan Pekeliling ini, Pekeliling ICT Bilangan 2 Tahun 2009 Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 22 Mac 2009 adalah dibatalkan.

Pemakaian

Pekeliling ICT ini dipanjangkan kepada semua Bahagian, Jabatan dan Badan Berkanun di bawah KPM.

Tarikh Kuatkuasa

Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 20014 – Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT JPICT ini adalah berkuatkuasa bermula dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian terima kasih.

 

P ICT Bil.01/2014 Pekeliling ICT Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini penerangan mengenai tadbir urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya.

Nama Pekeliling : Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia

Format Fail : PDF

Download : P ICT Bil.01/2014 Pekeliling ICT Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment