P ICT Bil.01/2009 Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Tujuan Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan Dasar Keselamatan ICT KPM serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi pertimbangan dan diambil tindakan oleh semua agensi dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dasar Keselamatan ICT KPM adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Latar Belakang

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kerajaan” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri telah memberikan garis panduan kepada semua agensiagensi Kerajaan untuk merujuk dan mematuhi Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan.

Selaras dengan ini, Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2009 – Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan sebagai mematuhi Dasar Keselamatan ICT di peringkat KPM.

Dasar Keselamatan ICT

Dasar Keselamatan ICT ini dirumus bagi memenuhi keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkahlangkah
yang menyeluruh untuk melindungi aset ICT Kerajaan. Perlindungan keselamatan ini perlu bersesuaian dengan nilai atau sensitiviti aset yang dimaksudkan. Ia juga perlu seimbang dengan kesan yang mungkin timbul akibat kegagalan perlindungan yang sesuai. Pernyataan dasar, prinsip, objektif dan skop dasar ini dijelaskan dalam lampiran kepada Pekeliling ini.

Dasar Keselamatan ICT yang disediakan bersamasama dengan Pekeliling ini meliputi :

  • Perkara 01 : Pembangunan Dan Penyelenggaraan Dasar
  • Perkara 02 : Organisasi Keselamatan
  • Perkara 03 : Kawalan Dan Pengelasan Aset
  • Perkara 04 : Keselamatan Sumber Manusia
  • Perkara 05 : Keselamatan Fizikal Dan Persekitaran
  • Perkara 06 : Pengurusan Operasi Dan Komunikasi
  • Perkara 07 : Pengurusan Insiden Keselamatan ICT
  • Perkara 08 : Kawalan Capaian
  • Perkara 09 : Pembangunan Dan Penyelenggaraan Sistem
  • Perkara 10 : Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan

Tanggungjawab Bahagian/Agensi

Semua Bahagian/agensi dibawah KPM adalah dikehendaki mematuhi Dasar Keselamatan ICT KPM dan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan. Sehubungan dengan ini, semua Ketua Jabatan adalah diminta mengambil tindakan-tindakan berikut:

  • Melantik seorang Pegawai Keselamatan ICT di kalangan pegawai kanan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan-tindakan yang ditetapkan dalam Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM. Perlantikan pegawai ini dan sebarang pertukaran perlu dimaklumkan kepada MAMPU melalui Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM.
  • Menyediakan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsipprinsip keselamatan berpandukan DKICT KPM dan Arahan Keselamatan yang disediakan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.
  • Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT.
  • Mengenal pasti bidangbidang keselamatan ICT yang perlu diberi perhatian rapi dan mengambil tindakan segera mengatasinya.
  • Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa.

Pematuhan Dasar

Pematuhan adalah merupakan prinsip penting dalam menghindar dan mengesan sebarang pelanggaran Dasar. Semua pengguna KPM tertakluk kepada pematuhan Dasar Keselamatan ICT KPM.

Pemakaian

Pekeliling ini adalah meliputi semua warga KPM kecuali Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh Kuatkuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dari tarikh ia dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

 

P ICT Bil.01/2009 Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini untuk menjelaskan Dasar Keselamatan ICT KPM serta perkaraperkara
berkaitan yang perlu diberi pertimbangan dan diambil tindakan oleh semua agensi dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dasar Keselamatan ICT KPM adalah seperti di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Nama Pekeliling : Pekeliling Dasar Keselamatan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia

Format Fail : PDF

Download : P ICT Bil.01/2009 Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Add Comment