Kenyataan Media KPM Cuti Peristiwa Khas Sekolah Pada 9 Mei 2018 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14

Kenyataan Media KPM Cuti Peristiwa Khas Sekolah Pada 9 Mei 2018 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14

Kenyataan Media oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia

Cuti Peristiwa Khas Sekolah Pada 9 Mei 2018 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-14

Kementeriaan Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum akan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 10 April 2018 yang telah menetapkan tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi negara Malaysia adalah pada 9 Mei 2018 (Rabu). Manakala tarikh penamaan calon pula adalah pada 28 April 2018 (Sabtu).

Memandangkan tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tersebut juga merupakan hari persekolahan, maka KPM telah memutuskan untuk memberi Cuti Perisitwa Khas kepada smeua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada 9 Mei 2018 (Rabu). Hal ini kerana sejumlah 6,941 (68%) buah sekolah di seluruh negara akan dijadikan pusat mengundi bagi PRU-14 tersebut. Selain itu, ia dapat memberi ruang kepada pihak SPR melaksanakan proses pilihanraya dengan lancar tanpa terganggu dengan sesi persekolahan. Dnegan keputusan ini, KPM juga ingin memaklumkan bahawa:

  1. Cuti Peristiwa Khas ini hendaklah tidak melibatkan penutupan asrama murid bagi sekolah-sekolah yang ada asrama.
  2. Bagi sekolah-sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi untuk PRU-14 ini dan melaksanakan persekolahan secara dua sesi, maka sesi petang pada 8 Mei 2018 (Selasa) hendaklah ditangguhkan untuk tujuan persiapan PRU 14 tersebut oleh pihak SPR.
  3. Semua sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi untuk PRU 14 juga hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPR dalam pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) ini.

Terima kasih.

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

10 APRIL 2018

 

Add Comment